Jang berasal dari negara China. Beliau menceritakan bahawa perjalanannya kepada Islam bermula dengan isu pengharaman khinzir (babi).
Beliau berasa pelik mengapa Islam mengharamkan babi lantas beliau membuat kajian tentangnya dengan membaca beberapa majalah perubatan moden dan perubatan China tradisional. Beliau mendapati beberapa saintis mengatakan daging babi menyebabkan tidak kurang daripada 70 penyakit. Malah perubatan China tradisional juga membuat konklusi yang lebih kurang sama dengan mengatakan bahawa daging khinzir adalah antara makanan yang amat berbahaya bagi kesihatan manusia.
Selepas memeluk Islam Jang memilih nama Selim sebagai nama Islamnya sekali gus mengikut jejak langkah lebih kurang 30 juta Muslim yang terdapat di negara China pada hari ini.
http://www.islamonline.net/servlet/Satel...NWELayout.
Selengkapnya...
Jumaat, Julai 04, 2008
Jang (Bangsa China)
Dr. Ingrid Mattson
Dr. Ingrid Mattson (Roman Katolik dari Kanada)
Dr. Ingrid Mattson berasal dari Kanada. Beliau mendapat ijazah dalam bidang falsafah di University of Waterloo, Ontario, pada tahun 1987.
Pada asalnya beliau Dr. Ingrid Mattsonmenganuti agama Kristian Roman Katolik namun disebabkan beliau tidak berasa damai dan tidak berasa dekat dengan Tuhan beliau terus mengkaji demi mencari kebenaran hakiki. Pencariannya membawanya kepada Islam dan ketika berumur 23 tahun beliau memeluk Islam. Solatnya yang pertama begitu bermakna baginya kerana ketika itulah, buat pertama kalinya, beliau berasa begitu dekat dengan Tuhan.
Pada tahun 1999 beliau memperoleh ijazah PhD dari University of Chicago dalam bidang Pengajian Islam. Pengalaman beliau merangsangnya untuk menulis pelbagai artikel bertujuan untuk membetulkan tanggapan negatif sebahagian masyarakat antarabangsa terhadap Islam. Artikel-artikel tulisan beliau banyak memfokuskan kepada aspek undang-undang Islam dan kerelevanannya dengan masyarakat sekarang, isu berkaitan gender dan kepimpinan serta isu-isu semasa yang melanda umat Islam masa kini. Di samping itu beliau sering di undang untuk bercakap di TV serta forum-forum antarabangsa berkaitan isu yang melanda umat dan agama Islam.
Pada hari ini Dr. Ingrid Mattson merupakan Pengarah kepada projek yang dikenali sebagai Islamic Chaplaincy. Beliau juga adalah Profesor di Macdonald Center for Islamic Studies and Christian-Muslim Relations di Hartford Seminary, Hartford, CT. Pada tahun 2006 beliau dilantik menjadi Presiden kepada Pertubuhan Islam Amerika Utara (ISNA).
Rujukan: http://macdonald.hartsem.edu/mattson.htm
Selengkapnya...
Dr. Murah Hofmann
Dr. Murah Hofmann (Roman Katolik, Pakar Undang-undang dan Diplomat)Dr. Murad Hofmann dilahirkan pada tahun 1931 dalam sebuah keluarga Roman Katolik. Beliau memperoleh ijazah pertamanya di Union College New York dan Dr. Murad Hofmannijazah PhD dalam bidang perundangan di Munich University pada tahun 1957.
Pada tahun 1960 beliau memperoleh pula ijazah LL.M. dari Harvard Law School. Beliau dilantik menjadi Pengarah Penerangan bagi NATO di Brussels dari tahun 1983 hingga 1987. Pada tahun 1987 beliau dilantik menjadi Duta Jerman ke Algeria dan pada tahun 1990 pula menjadi Duta ke Morocco
Dr. Murad Hofmann memeluk Islam berdasarkan beberapa pengalaman dan pengamatan. Antara sebabnya ialah pengalaman beliau di Algeria di saat berlakunya pertembungan antara tentera Perancis dengan kumpulan gerila dari kumpulan Algerian National Front.yang menuntut kemerdekaan bagi Algeria. Beliau melihat penderitaan yang dialami umat Islam yang memperjuangkan kemerdekaan ini serta kesabaran yang mereka miliki. Beliau meyakini kesemuanya terhasil kesan dari ajaran Islam yang mulia. Bermula tarikh itu Dr. Murad mula mengkaji al-Quran tanpa henti.
Sebab kedua beliau memeluk Islam ialah kefahaman beliau yang mendalam tentang ajaran Kristian. Beliau mendapati terdapat perbezaan yang besar antara apa yang dipercayai oleh orang Kristian awam dengan apa yang diajar oleh profesor agama Kristian di universiti. Beliau tidak boleh menerima ajaran St. Paul yang amat berbeza dengan ajaran nabi Isa yang asal sedangkan, kata belilau, “St. Paul tidak pernah bertemu nabi Isa maka bagaimana dia berani mengubah ajaran nabi Isa?”
Di samping itu beliau juga tidak boleh menerima hakikat bahawa setiap orang dilahirkan dalam keadaan berdosa, seperti yang terkandung dalam konsep Original Sin dalam ajaran Kristian, dan nabi Isa perlu mati kerana dosa-dosa itu. Beliau berasa pelik tentang mengapa ‘Anak Tuhan’ perlu disalib dengan kejam untuk membersihkan manusia daripada dosa yang mereka sendiri lakukan.
Pada tahun 1980 beliau memeluk Islam. Beliau berkata, “Seorang Muslim hidup tanpa pemujaan kepada makhluk. Dia tidak menyembah Tuhan dengan perantaraan Jesus, Mary atau wali-wali tertentu, sebaliknya dia menyembah Tuhan secara langsung. Justeru seorang Muslim merupakan seorang yang merdeka dalam erti kata yang sebenarnya.”
Rujukan: http://www.islamreligion.com/articles/124/
Selengkapnya...
Ahad, Jun 15, 2008
KISAH BENAR 2

“Aku adalah tawanan Perang Dunia 1 yang diasingkan ke kota Qasiah yang terletak di timur laut Russia, tepatnya di daerah Qastarma. Di sana kutemukan sebuah masjid kecil milik kaum Tartar yang terletak di pinggir sungai Volga yang terkenal. Aku gelisah sekali bersama-sama teman para komandan yang tertawan sepertiku. Disebabkan kegelisahan itu itu, aku ingin mengasingkan diri, tetapi aku tidak diizinkan berada di luar kompleks tahanan.
Namun akhirnya, aku diizinkan juga keluar kekiranya aku sekadar duduk di dalam masjid. Aku mendapat keizinan ini kerana jaminan dari penduduk kampung orang Tartar. Aku tidur sendirian di masjid itu. Pada waktu itu, musim bunga menjelang dan waktu malamnya sangat panjang.
Aku sering tidak dapat tidur di malam musim bunga. Terasa sedih sekali hidup dirantau orang yang memang tidak menyenangkan. Suara gemercik air dari aliran sungai Volga dan titik air hujan yang turun serta tiupan angina yang menghembus, semua itu membuatku terjaga daripada tidur lelap.
Sekalipun aku belum tua, tetapi orang yang terlibat dalam perang menjadi tua sebelum waktunya. Rupanya perang yang kualami memberi ilham kepadaku bagi merenungkan kata-kata Allah, “Bagaimanakah kamu hendak memelihara diri kamu apabila kamu tetap ingkar dari azab yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua dan beruban”? (al-Muzammil, ayat 17). Pada waktu itu, usiaku menjelang 40 tahun, tetapi aku berasa seperti berusia 80 tahun.
Di malam kelam yang panjang dan sepi, dalam suasana yang penuh derita terasing kerana berada di negeri orang, dalam reality pahit dan menyakitkan yang aku alami, dalam suasana jiwa seperti ini dadaku sesak oleh putus asa dalam menghadapi kehidupan dan mengenang nasib tanah airku. Setiap kali aku meratapi kelemahan diri dan bersendirian, saat itu juga harapanku pudar, tetapi dalam keadaan demikian, tiba-tiba pertolongan dan bantuan Quran datang padaku.
Lidahku berulang-ulang melafazkan, Hasbunallah wani’mal wakil (Ali Imran, ayat 173). Hatiku menangis dan merintih: “Aku terasing, aku sendirian, aku lemah, aku tidak berdaya, aku merindukan keamanan, aku memohon ampun, aku perlukan pertolongan, aku bersimpuh di depan pintu rahmatmu, ya Allah!”
Dalam keadaan tidak berdaya dan lemah, pada malam-malam kelam yang penuh dengan kepedihan dan kesedihan kerana berpisah dan terasing di negeri orang, aku mendekatkan diri pada Allah dan memohon rahmatnya.
Aku tidak habis fakir bagaimana tidak lama kemudian, iaitu dalam beberapa hari berikutnya aku dapat melarikan diri. Sungguh di luar jangkaanku aku dapat melakukannya. Aku menyelusuri jalan yang mungkin hanya dapat dilalui dalam masa satu tahun. Aku juga sama sekali tidak memahami bahasa Russia. Tetapi kini aku ternyata bebas dan dapat keluar daripada tahanan sebagai tawanan perang dengan cara yang pelik.
Sesungguhnya, ini bebar-benar adalah pertolongan Allah kepada orang yang tidak berdaya dan lemah seperti diriku. Akhirnya aku tiba di ibu kota Istanbul melalui Warsaw dan Vienna. Demikianlah aku bebas daripada tahanan dengan mudah. Suatu pembebasan yang benar-benar menghairankan sehingga perjalanan panjang yang perlu kulalui dapat kulakukan dengan mudah. Sedangkan mengikut hokum akal, pelarian ini tidak mungkin dapat dilakukan oleh orang yang paling berani, cerdik dan orang yang mahir bahasa Russia sekali pun.
…………………FIKIR & ZIKIR……………….
Sumber bahan bacaan: Kecerdasan berasaskan AsmaulHusna (hari ke 62)
Selengkapnya...
Jumaat, Mei 23, 2008
Kisah Benar : 1
Ketika Salman Alfarisi bersama sahabat-sahabatnya berpergian, tiba-tiba mereka berhenti dan berkhemah. Maka tidurlah Salman sedangkan kawan-kawannya memasak. Lalu ada beberapa orang sahabatnya berkata: Apakah maksud hamba ini, hanya mahu datang ke khemah yang sudah berdiri dan makanan yang sudah siap. Semudian mereka berkata kepada Salman: Pergilah engkau kepada Nabi s.a.w. minta lauk pauk kepada kami.
Maka pergilah Salman menyampaikan kepada Nabi s.a.w. permintaan mereka. Nabi s.a.w. bersabda kepada Salman: Beritahukan kepada mereka bahawa mereka telah makan lauk pauk. Maka kembalilah Salman kepada kawan-kawannya dan memberitahu apa yang dikatakan nabi s.a.w. Lalu mereka berkata; Kami belum makan apa-apa. Salman berkata: Dan Nabi s.a.w. tidak pernah berdusta. Lebih baik kamu pergi sendiri kepadanya.
Maka pergilah mereka kepada Nabi s.a.w. lalu dikatakan oleh Nabi s.a.w.: Kamu telah makan daging saudaramu krtika kamu membicarakannya padanya di waktu dia sedang tidur. Lalu Nabi s.a.w. membacakan ayat 12 Al-Hujurat (bermaksud) :

