Ahad, Jun 15, 2008

KISAH BENAR 2


“Aku adalah tawanan Perang Dunia 1 yang diasingkan ke kota Qasiah yang terletak di timur laut Russia, tepatnya di daerah Qastarma. Di sana kutemukan sebuah masjid kecil milik kaum Tartar yang terletak di pinggir sungai Volga yang terkenal. Aku gelisah sekali bersama-sama teman para komandan yang tertawan sepertiku. Disebabkan kegelisahan itu itu, aku ingin mengasingkan diri, tetapi aku tidak diizinkan berada di luar kompleks tahanan.
Namun akhirnya, aku diizinkan juga keluar kekiranya aku sekadar duduk di dalam masjid. Aku mendapat keizinan ini kerana jaminan dari penduduk kampung orang Tartar. Aku tidur sendirian di masjid itu. Pada waktu itu, musim bunga menjelang dan waktu malamnya sangat panjang.
Aku sering tidak dapat tidur di malam musim bunga. Terasa sedih sekali hidup dirantau orang yang memang tidak menyenangkan. Suara gemercik air dari aliran sungai Volga dan titik air hujan yang turun serta tiupan angina yang menghembus, semua itu membuatku terjaga daripada tidur lelap.
Sekalipun aku belum tua, tetapi orang yang terlibat dalam perang menjadi tua sebelum waktunya. Rupanya perang yang kualami memberi ilham kepadaku bagi merenungkan kata-kata Allah, “Bagaimanakah kamu hendak memelihara diri kamu apabila kamu tetap ingkar dari azab yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua dan beruban”? (al-Muzammil, ayat 17). Pada waktu itu, usiaku menjelang 40 tahun, tetapi aku berasa seperti berusia 80 tahun.
Di malam kelam yang panjang dan sepi, dalam suasana yang penuh derita terasing kerana berada di negeri orang, dalam reality pahit dan menyakitkan yang aku alami, dalam suasana jiwa seperti ini dadaku sesak oleh putus asa dalam menghadapi kehidupan dan mengenang nasib tanah airku. Setiap kali aku meratapi kelemahan diri dan bersendirian, saat itu juga harapanku pudar, tetapi dalam keadaan demikian, tiba-tiba pertolongan dan bantuan Quran datang padaku.
Lidahku berulang-ulang melafazkan, Hasbunallah wani’mal wakil (Ali Imran, ayat 173). Hatiku menangis dan merintih: “Aku terasing, aku sendirian, aku lemah, aku tidak berdaya, aku merindukan keamanan, aku memohon ampun, aku perlukan pertolongan, aku bersimpuh di depan pintu rahmatmu, ya Allah!”
Dalam keadaan tidak berdaya dan lemah, pada malam-malam kelam yang penuh dengan kepedihan dan kesedihan kerana berpisah dan terasing di negeri orang, aku mendekatkan diri pada Allah dan memohon rahmatnya.
Aku tidak habis fakir bagaimana tidak lama kemudian, iaitu dalam beberapa hari berikutnya aku dapat melarikan diri. Sungguh di luar jangkaanku aku dapat melakukannya. Aku menyelusuri jalan yang mungkin hanya dapat dilalui dalam masa satu tahun. Aku juga sama sekali tidak memahami bahasa Russia. Tetapi kini aku ternyata bebas dan dapat keluar daripada tahanan sebagai tawanan perang dengan cara yang pelik.
Sesungguhnya, ini bebar-benar adalah pertolongan Allah kepada orang yang tidak berdaya dan lemah seperti diriku. Akhirnya aku tiba di ibu kota Istanbul melalui Warsaw dan Vienna. Demikianlah aku bebas daripada tahanan dengan mudah. Suatu pembebasan yang benar-benar menghairankan sehingga perjalanan panjang yang perlu kulalui dapat kulakukan dengan mudah. Sedangkan mengikut hokum akal, pelarian ini tidak mungkin dapat dilakukan oleh orang yang paling berani, cerdik dan orang yang mahir bahasa Russia sekali pun.
…………………FIKIR & ZIKIR……………….
Sumber bahan bacaan: Kecerdasan berasaskan AsmaulHusna (hari ke 62)

Tiada ulasan: