Ahad, Jun 18, 2017

Bismillahirrohmanirrohim....

Hari ini 18 Jun 2017. Dah bertahun tak menjenguk blog sendiri. Sejak menetap di Kedah ni jarang menjenguk internet kerana di kawasan rumah susah mendapat line internet. Keluar dari kawasan baru mudah dapat internet. Kelmarin Hulu Langat dilanda banjir. Sambil menonton video banjir tu tergerak hati nak menjenguk blog sendiri yang dah lama tak di jenguk tu.... Nasib baik masih ada lagi. Raya ni nak balik Langat. Harap-harap banjir dah tak da masa tu.....
Selengkapnya...

Selasa, Oktober 07, 2014

Isnin, Julai 16, 2012

Assalamu'alaikum. Sudah lama saya tidak mengemaskankinikan laman blog ini. Setelah berpindah ke tempat kerja baru di SK Sungai Limau pada Jun 2010 inilah kali pertama saya mulai menulis kembali. Semasa di SK Bandar Rincing dulu sayalah diantara orang yang dirujuk sekiranya guru-guru nak buat blog. Zaman semakin berlalu dan semakin canggih. Selepas datangnya facebook rata-rata lebih tertumpu kepada facebook kerana lebih mudah dan canggih. Dalam asyik dengan fb tulah kadangkala blog ini tak tak dikemaskini. Insyaallah, selepas ni saya cuba untuk menulis catatan dan pengalaman diruang blog ini. Blog ini telah menyimpan bayak kenangan dan nostalgia di masa dulu. Doalan saya....... Izharzaid Selengkapnya...

Khamis, Mei 27, 2010

1 MALAYSIA

Malam tadi saya dijemput untuk memberi ceramah Kenegaraan kepada 354 orang pelajar UiTM. Tajuk yang saya pilih ialah 1 Malaysia. Ceramah hampir 2 jam itu mendapat perhatian serious dari pelajar-pelajar tersebut.

Saya pun begitu teruja kerana mereka menunjukkan semangat patriotik yang tinggi terutamanya menyanyi dengan penuh semangat bila lagu-lagu dimainkan semasa selingan.
Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada UiTM kerana menganjurkan program-program seperti ini. Selengkapnya...