Jumaat, Julai 04, 2008

Jang (Bangsa China)

Jang berasal dari negara China. Beliau menceritakan bahawa perjalanannya kepada Islam bermula dengan isu pengharaman khinzir (babi).

Beliau berasa pelik mengapa Islam mengharamkan babi lantas beliau membuat kajian tentangnya dengan membaca beberapa majalah perubatan moden dan perubatan China tradisional. Beliau mendapati beberapa saintis mengatakan daging babi menyebabkan tidak kurang daripada 70 penyakit. Malah perubatan China tradisional juga membuat konklusi yang lebih kurang sama dengan mengatakan bahawa daging khinzir adalah antara makanan yang amat berbahaya bagi kesihatan manusia.

Selepas memeluk Islam Jang memilih nama Selim sebagai nama Islamnya sekali gus mengikut jejak langkah lebih kurang 30 juta Muslim yang terdapat di negara China pada hari ini.

http://www.islamonline.net/servlet/Satel...NWELayout.

Tiada ulasan: