Ahad, November 01, 2009

KEM 1 MALAYSIA



KEM 1 MALAYSIA

Kem ini dijalankan di seluruh Malaysia bagi memupuk semangat ‘1 malaysia’. Urusetia yang dipilih adalah 10 orang guru B&K sekolah rendah dan 10 orang guru B&K sekolah menengah yang berperanan sebagai urusetia. Aktiviti bagi kem ini dijalankan oleh jurulatih Pusat Ko-kurikulum negeri. Para peserta pula terdiri daripada 100 murid Melayu sekolah kebangsaan, 100 murid India sekolah Tamil dan 100 murid Tionghua sekolah Cina.
Pada dasarnya kem ini adalah sangat baik bagi memupuk hubungan pelbagai kaum sejak di sekolah rendah lagi. Apa yang menariknya terdapat murid-murid bukan Melayu yang tak faham sepatahpun perkataan Melayu. Mujurlah di kalangan urusetia pun berbilang kaum juga.

Selepas semua peserta mendaftar kami pun membuat ‘Kad Nama’ untuk semua peserta yang seramai 300 orang itu. Senarai nama peserta adalah berdasarkan surat kebenaran ibu bapa yang disertakan oleh pihak sekolah. Anehnya bila dipanggil nama peserta mengikut ‘Kad Nama’, hampir 20 kad nama tiada orangnya. Bila ditanya siapa yang belum dapat kad, maka kami dapati murid-murid tersebut merupakan murid ganti yang tiada surat kebenaran ibu bapa. Nampak sekali pihak pengurusan sekolah tidak prihatin isu tersebut.Terdapat juga beberapa murid yang tidak layak, turut sama menyertai kem tersebut.
Kem 1 Malaysia merupakan kem yang baik. Tetapi sekiranya tidak mengikut prosedur yang betul, kita takut kemalangan yang yang melibatkan kematian berlaku lagi selepas ini. Semua pihak; pengurusan sekolah, urusetia dan jurulatih perlu lebih peka pada masa-masa akan datang.


Selengkapnya...