Jumaat, Mei 23, 2008

Kisah Benar : 1

Ketika Salman Alfarisi bersama sahabat-sahabatnya berpergian, tiba-tiba mereka berhenti dan berkhemah. Maka tidurlah Salman sedangkan kawan-kawannya memasak. Lalu ada beberapa orang sahabatnya berkata: Apakah maksud hamba ini, hanya mahu datang ke khemah yang sudah berdiri dan makanan yang sudah siap. Semudian mereka berkata kepada Salman: Pergilah engkau kepada Nabi s.a.w. minta lauk pauk kepada kami.

Maka pergilah Salman menyampaikan kepada Nabi s.a.w. permintaan mereka. Nabi s.a.w. bersabda kepada Salman: Beritahukan kepada mereka bahawa mereka telah makan lauk pauk. Maka kembalilah Salman kepada kawan-kawannya dan memberitahu apa yang dikatakan nabi s.a.w. Lalu mereka berkata; Kami belum makan apa-apa. Salman berkata: Dan Nabi s.a.w. tidak pernah berdusta. Lebih baik kamu pergi sendiri kepadanya.

Maka pergilah mereka kepada Nabi s.a.w. lalu dikatakan oleh Nabi s.a.w.: Kamu telah makan daging saudaramu krtika kamu membicarakannya padanya di waktu dia sedang tidur. Lalu Nabi s.a.w. membacakan ayat 12 Al-Hujurat (bermaksud) :

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka-sangka, sebab sebahagian dari sangka-sangka itu dosa. Dan jangan menyelidiki kesalahan orang lain, dan jangan ghibah (membicarakan hal orang lain) setengahmu pada setengahnya, apakah suka salah satu sekiranya makan daging saudara yang telah mati, tentu kamu jijik (tidak suka)". Al-Hujurat 12)

(Sumber :Kitab Tanbihul Ghafilin / Peringatan Bagi Yang Lupa)

Tiada ulasan: