Jumaat, Julai 04, 2008

Memahami Cabaran Saudara Baru & Agama Dunia

Pada hari Ahad 29 Jun lalu saya telah mengikuti seminar di Dewan Rinantanda, Bangunan MBSA, Shah Alam.
Seminar sehari itu anjuran bersama PGSM, JIM Petaling dan MBSA. Empat kertas kerja dibentangkan iaitu:
1. Dakwah Terhadap Bukan Islam Satu Cabaran (Hj. Redhuan Tee Abdullah)
2. Mengenali Sejarah dan Ajaran Kristian serta Isu Berkaitan (Hj. Nicholas Sylvester)
3. Mengenali Ajaran Agama Hindu (Ust. Fitri Abdullah)
4. Cabaran Menangani Isu Saudara Baru Dari Sudut Perundangan (Tuan Abd Walid Abu Hassan)
Program tersebut banyak memberi pendedahan berkaitan kepercayaan agama lain seperti Buddha, Kristian dan Hindu. Paling menarik adalah kerana Hj. Nicholas Sylvester adalah bekas 'tentera kristus' dan Ust. Fitri adalah bekas sami Hindu. Pendedahan yang jelas dan menarik banyak memberi input berkaitan agama berkenaan dalam situsasi di Malaysia. Walaupun pernah belajar 'kaunseling pelbagai budaya' semasa di UPM dulu, pendedahan ini penting bagi saya kerana ianya diterangkan secara jelas beserta penggunakan istilah Tamil. Ianya memberi peluang untuk saya lebih mengenali budaya dan agama masyarakat Malaysia yang lain khususnya pelajar-pelajar dan jiran-jiran saya. Rasanya bila dah pergi seminar ni, saya lebih mengenali agama mereka dari diri mereka sendiri kerana kebanyakan mereka main ikut-ikut sahaja.

Tiada ulasan: