Mesyuarat Agung PIBG SK Bedong yang berlangsung pada 31 Januari 2010 berjalan lancar. Berikut adalah gambar-gambar di majlis tersebut.



Selengkapnya...
Ahad, Januari 31, 2010
MESYUARAT AGUNG PIBG
Hari ini 31 Januari 2010, berlangsung majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Bedong. Berikut merupakan antara gambar-gambar yang dirakamkan.











Selengkapnya...
Ahad, Disember 27, 2009
KEHEBATAN MELAYU
Zainal alJohan yang merupakan seorang anak jati Rembau telah mendedahkan beberapa kehebatan orang Melayu (Islam) dahulu kala terutamanya pada zaman Kesultanan Islam Melaka. Ikuti kisahnya yang disiarkan oleh Dewan Masyarakat pada laman web berikut http://artifakmelayu.blogspot.com
Menurut penakluk Melaka, Alfonso d'Albuquerque, pembuatan senjata api orang-orang Melaka (Islam) adalah setanding dengan orang Jerman. Ini bermakna ianya lebih baik dari orang Portugis. Cerita sepenuhnya di http://waghih.blogspot.com/2006/07/melayu-telah-di-bangangkan-sejak.html
Catatan sejarah yang ditulis oleh penjajah sedaya upaya menjatuhkan martabat Kerajaan Melayu (Islam) Melaka. Catatan sejarah mendakwa Melaka diserang dengan meriam kapal Portugis, manakala tentera Melaka hanya bertahan dengan keris dan lembing. Hakikatnya ketika Portugis menyerang Melaka mereka berdepan dengan pertahanan kental Melaka yang turut menggunakan meriam.
Misalnya , kisah Raja Culan turun ke dasar laut menggunakan peti kaca (KAPAL SELAM ?) seperti yang tercatat dalam Sulatus al-Salatin. (ms 40 Dewan Masyarakat November 2009) . Sumber https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjile9uHX1XzVjwfZeBxFgeY_-o6Vyx4jKv6hlDXpcKPLVlFLX8APAs5RIEi6BcGIICiaUdsmvtTOii7TVZG3-Mna5HwoaLyT3m03CGKpC_tMSd9cPtjmH_zm6b1jYPPquzMmNo8Hb9Lns/s1600-h/r7.jpg
TUKRI BINA KAPAL SELAM PERTAMA DI DUNIA
Kerajaan Islam Turki telah membina kapal selam pertama di dunia yang boleh menembak torpedo.
Nordenfelt class Ottoman submarine Abdülhamid (1886) was the first submarine in history to fire a torpedo while submerged under water. http://en.wikipedia.org/wiki/Ottoman_Navy
However again during the reign of Sultan Ahmed III (1703-1750), which is during the Tulip Age, there is strong evidence both in the Surname (chronicle) of Mehmed Hazin and the Surname of Vehbi, as the witnesses of the era, that Ibrahim Effendi, the dockyard architect, had invented the submarine which was called “Tahtelbahir”.
http://www.muslimheritage.com/uploads/rocket_technology_in_turkish_history1.pdf
Selengkapnya...
10 MUHARRAM
Hari ini 10 Muharram 1431 H. Saya baru membuka email dari kawan-kawan dan ingin berkongsi salah satu email yang saya terima.
Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh 10 Muharram :
- Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
- Diterima taubat Nabi Adam a.s.
- Dicipta Adam a.s.
- Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
- Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
- Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
- Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
- Selamat Nabi Musa dan pengikutnya.
- Firaun lemas.
- Dilahirkan Nabi Isa a.s.
- Diangkat Nabi Isa ke langit.
- Diangkat Nabi Idris ke langit.
- Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
- Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
- Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
- Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas buta.
- Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
- Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
- Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.
Selengkapnya...
Khamis, Disember 17, 2009
DEBARAN MALAM JUMAAT
Hari ini hari Khamis. malam ini malam Jumaat.
Paling istimewa malam ini adalah malam untuk menyambut tahun baru 1431 Hijrah.
Apa istimewanya malam ini? bagi sesetengah orang memang tiada ada apa-apa. Tapi bagi sesetengah orang malam ini adalah malam yang dinantikan. Saya mendapat email dari beberapa teman. Ada yang sanggup datang dari dari Lembah Kelang ke puncak Gunung Jerai untuk "berzikir dan beramal". Apa pun malam ini Gunung Jerai akan dipenuhi dengan golongan yang setiap tahun akan "berzikir dipuncak". Walaupun ramai yang agak untuk ikut serta tapi saya bersama keluarga di rumah saja. Anak-anak mengajak juga ke sana. Untuk makluman semua, Gunung Jerai telah berwajah baru. Kalau nak tidur di Jerai Hill Resort pun sekurang-kurangnya mesti ada RM160++. Ianya diuruskan oleh Regency Hotel.
Besok saya akan ke KL kerana ada urusan. Untuk teman-teman yang sanggup telefon dan sms sempena tahun baru ini, maaflah kerana tidak dapat bersama anda. Ada masa saya akan bawa anda bermalam di "Sangkar Sungai Merbok" untuk berehat dan memancing. Apa pun dan di manapun anda berada diucapkan Selamat Tahun Baru dan petang ini sebelum dan selepas maghrib, jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun.
Selengkapnya...
Khamis, Disember 03, 2009
SELAMAT TAHUN BARU 1431
Berapakah umur anda sekarang? Saya dilahirkan pada 20 Feb 1962, jadi pada tahun 2010 nanti, usia saya akan bertambah lagi menjadi 48 tahun. Namun mengikut perkiraan tahun Islam, pada penghujung bulan 12 nanti iaitu masuk tahun 1431 maka umur saya akan mencecah 50 tahun.
Kalau mengikut umur nabi, cuma ada 13 tahun lagi untuk menghimpun amalan untuk memasuki rumah yang kekal abadi. Kumpul-kumpulkanlah amalan. Sekarang ni saya dok melatih diri ’membayar hutang’ pada Tuhan.
Amalan baik ni bukan setakat sembahyang dan puasa saja tetapi melatih hati supaya hati kita bersih, baik sangka dan sentiasa gembira dan bersyukur setakat mana yang kita ada.
Kalau makan, jangan makan sorang-sorang. Sembahyang, jangan sembahyang sorang-sorang. Kalau tidur, jangan tidur sorang-sorang.
Kalau saya keluar makan dengan isteri saya akan order satu pinggan makanan dan satu gelas minuman. Makanan berkongsi dan minuman berkongsi. Inilah dia orang tua yang paling romantik.
Kalau kat warung makan nasi lemak atau roti canai saya akan sediakan wang yang cukup untuk bayar orang yang makan semeja dengan saya. Berapa senlah sangat. Tapi biasanya orang lain yang belanja saya.
Kat rumah pula biasanya seminggu sekali makan ’nasi ambeng’ (nasi yang dimakan dalam talam) bersama anak-anak.
Menjadi suatu kepuasan bila dapat menjadi imam dan makmumnya adalah isteri dan anak-anak. Anak-anak yang dah besar hingga yang sekecil-kecilnya 3 tahun berkumpul bersama untuk solat.
Kepuasaan ini lebih daripada kepuasan memiliki rumah di Pelangi Semenyih, Pandan Jaya, Dusun Tua dan Kajang yang terpaksa ditinggalkan kerana pulang ke kampung halaman. Kampung Ruat yang lama kutinggalkan. Selamat Tahun Baru. Semoga dengan bertambah umurku akan bertambah pula amalanku. Amin.
Selengkapnya...
SMSAH
SMSAH DALAM KENANGAN
Setelah 30 tahun meninggalkan SMSAH, kini beberapa bekas pelajar jenan itu sesi 1975 – 1979 menghubungi kembali rakan-rakan lama yang terpisah. Bayangkan selepas hampir 30 tahun membawa haluan, kerjaya dan rasanya ada yang mungkin menjadi ‘datuk’ dan nenek, kini mungkin satu perjumpaan ‘keluarga’ dapat diadakan.
Usaha mencari kembali kawan-kawan seangkatan adalah satu usaha murni. Bekas pelajar SMSAH bagi sesi yang lain ada yang telah lama berbuat demikian.
Tahniah dan terima kasih kepada teman sekampung, Pn. Hasnah yang merupakan salah seorang penggerak bagi merealisasikan impian supaya bekas pelajar sesi 75/79 dapat menghubungi satu sama lain.
Memang banyak kenangan semasa di SMSAH. Selepas menjadi bekas pelajar saya dan beberapa kawan yang tinggal di sekitar KL pernah menghadiri perjumpaan bekas pelajar di INTAN, KL dan pulang untuk perjumpaan bekas-bekas pelajar di SMSAH sendiri. Pada tahun 1993 semasa berkursus di IPDA saya pernah membuat program motivasi untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4 pada tahun tersebut.
Tahun ini (2009) setelah lama merantau, saya pulang untuk tinggal bersama emak yang semakin uzur. Bila buka almari mencari pakaian lama semasa zaman persekolahan dulu, maka nostalgia kenangan dulu terisik kembali. Semua pakaian memang dah tak muat Cuma satu saya yang dapat saya pakai. Apa dia? Ianya ialah tali leher jenan yang berwarna biru dan berjalur merah kuning. Kadang-kadang saya pakai juga semasa bekerja.
Kadang-kadang bila di minta membaca doa semasa makan, saya akan menambah satu doa yang saya dapat semasa di SMSAH.
“Ya Allah, ya Tuhan kami,
Berikanlah kami rezeki yang halal,
Jauhilah kami dari segala yang haram,
Diatas rahmat Mu yang melimpahi sekelian alam,
Amin, amin, ya Robbal ’alamin.”
Saya mengimpikan satu pertemuan bekas pelajar sesi 1975/1979 dapat diusahakan. Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang bekerja keras untuk merealisasikannya.
”BELAJAR DAN BERBAKTI” .
Wassalam.
Selengkapnya...

