Khamis, Disember 03, 2009

SMSAH


SMSAH DALAM KENANGAN

Setelah 30 tahun meninggalkan SMSAH, kini beberapa bekas pelajar jenan itu sesi 1975 – 1979 menghubungi kembali rakan-rakan lama yang terpisah. Bayangkan selepas hampir 30 tahun membawa haluan, kerjaya dan rasanya ada yang mungkin menjadi ‘datuk’ dan nenek, kini mungkin satu perjumpaan ‘keluarga’ dapat diadakan.
Usaha mencari kembali kawan-kawan seangkatan adalah satu usaha murni. Bekas pelajar SMSAH bagi sesi yang lain ada yang telah lama berbuat demikian.
Tahniah dan terima kasih kepada teman sekampung, Pn. Hasnah yang merupakan salah seorang penggerak bagi merealisasikan impian supaya bekas pelajar sesi 75/79 dapat menghubungi satu sama lain.
Memang banyak kenangan semasa di SMSAH. Selepas menjadi bekas pelajar saya dan beberapa kawan yang tinggal di sekitar KL pernah menghadiri perjumpaan bekas pelajar di INTAN, KL dan pulang untuk perjumpaan bekas-bekas pelajar di SMSAH sendiri. Pada tahun 1993 semasa berkursus di IPDA saya pernah membuat program motivasi untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4 pada tahun tersebut.
Tahun ini (2009) setelah lama merantau, saya pulang untuk tinggal bersama emak yang semakin uzur. Bila buka almari mencari pakaian lama semasa zaman persekolahan dulu, maka nostalgia kenangan dulu terisik kembali. Semua pakaian memang dah tak muat Cuma satu saya yang dapat saya pakai. Apa dia? Ianya ialah tali leher jenan yang berwarna biru dan berjalur merah kuning. Kadang-kadang saya pakai juga semasa bekerja.
Kadang-kadang bila di minta membaca doa semasa makan, saya akan menambah satu doa yang saya dapat semasa di SMSAH.
“Ya Allah, ya Tuhan kami,
Berikanlah kami rezeki yang halal,
Jauhilah kami dari segala yang haram,
Diatas rahmat Mu yang melimpahi sekelian alam,
Amin, amin, ya Robbal ’alamin.”

Saya mengimpikan satu pertemuan bekas pelajar sesi 1975/1979 dapat diusahakan. Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang bekerja keras untuk merealisasikannya.

”BELAJAR DAN BERBAKTI” .
Wassalam.

Tiada ulasan: