Ahad, Disember 27, 2009

KEHEBATAN MELAYU

Zainal alJohan yang merupakan seorang anak jati Rembau telah mendedahkan beberapa kehebatan orang Melayu (Islam) dahulu kala terutamanya pada zaman Kesultanan Islam Melaka. Ikuti kisahnya yang disiarkan oleh Dewan Masyarakat pada laman web berikut http://artifakmelayu.blogspot.com

Menurut penakluk Melaka, Alfonso d'Albuquerque, pembuatan senjata api orang-orang Melaka (Islam) adalah setanding dengan orang Jerman. Ini bermakna ianya lebih baik dari orang Portugis. Cerita sepenuhnya di http://waghih.blogspot.com/2006/07/melayu-telah-di-bangangkan-sejak.html

Catatan sejarah yang ditulis oleh penjajah sedaya upaya menjatuhkan martabat Kerajaan Melayu (Islam) Melaka. Catatan sejarah mendakwa Melaka diserang dengan meriam kapal Portugis, manakala tentera Melaka hanya bertahan dengan keris dan lembing. Hakikatnya ketika Portugis menyerang Melaka mereka berdepan dengan pertahanan kental Melaka yang turut menggunakan meriam.

Misalnya , kisah Raja Culan turun ke dasar laut menggunakan peti kaca (KAPAL SELAM ?) seperti yang tercatat dalam Sulatus al-Salatin. (ms 40 Dewan Masyarakat November 2009) . Sumber http://2.bp.blogspot.com/_be2hi8BU7tg/Sx0b4gH8gSI/AAAAAAAACGg/7X8jaX9mDG4/s1600-h/r7.jpg

TUKRI BINA KAPAL SELAM PERTAMA DI DUNIA
Kerajaan Islam Turki telah membina kapal selam pertama di dunia yang boleh menembak torpedo.

Nordenfelt class Ottoman submarine Abdülhamid (1886) was the first submarine in history to fire a torpedo while submerged under water. http://en.wikipedia.org/wiki/Ottoman_Navy

However again during the reign of Sultan Ahmed III (1703-1750), which is during the Tulip Age, there is strong evidence both in the Surname (chronicle) of Mehmed Hazin and the Surname of Vehbi, as the witnesses of the era, that Ibrahim Effendi, the dockyard architect, had invented the submarine which was called “Tahtelbahir”.
http://www.muslimheritage.com/uploads/rocket_technology_in_turkish_history1.pdf




Selengkapnya...

10 MUHARRAM

Hari ini 10 Muharram 1431 H. Saya baru membuka email dari kawan-kawan dan ingin berkongsi salah satu email yang saya terima.


Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh 10 Muharram :

- Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
- Diterima taubat Nabi Adam a.s.
- Dicipta Adam a.s.
- Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
- Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
- Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
- Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
- Selamat Nabi Musa dan pengikutnya.
- Firaun lemas.
- Dilahirkan Nabi Isa a.s.
- Diangkat Nabi Isa ke langit.
- Diangkat Nabi Idris ke langit.
- Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
- Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
- Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
- Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas buta.
- Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
- Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
- Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.

Selengkapnya...

Khamis, Disember 17, 2009

DEBARAN MALAM JUMAAT

Hari ini hari Khamis. malam ini malam Jumaat.

Paling istimewa malam ini adalah malam untuk menyambut tahun baru 1431 Hijrah.
Apa istimewanya malam ini? bagi sesetengah orang memang tiada ada apa-apa. Tapi bagi sesetengah orang malam ini adalah malam yang dinantikan. Saya mendapat email dari beberapa teman. Ada yang sanggup datang dari dari Lembah Kelang ke puncak Gunung Jerai untuk "berzikir dan beramal". Apa pun malam ini Gunung Jerai akan dipenuhi dengan golongan yang setiap tahun akan "berzikir dipuncak". Walaupun ramai yang agak untuk ikut serta tapi saya bersama keluarga di rumah saja. Anak-anak mengajak juga ke sana. Untuk makluman semua, Gunung Jerai telah berwajah baru. Kalau nak tidur di Jerai Hill Resort pun sekurang-kurangnya mesti ada RM160++. Ianya diuruskan oleh Regency Hotel.
Besok saya akan ke KL kerana ada urusan. Untuk teman-teman yang sanggup telefon dan sms sempena tahun baru ini, maaflah kerana tidak dapat bersama anda. Ada masa saya akan bawa anda bermalam di "Sangkar Sungai Merbok" untuk berehat dan memancing. Apa pun dan di manapun anda berada diucapkan Selamat Tahun Baru dan petang ini sebelum dan selepas maghrib, jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun.
Selengkapnya...

Khamis, Disember 03, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 1431

Berapakah umur anda sekarang? Saya dilahirkan pada 20 Feb 1962, jadi pada tahun 2010 nanti, usia saya akan bertambah lagi menjadi 48 tahun. Namun mengikut perkiraan tahun Islam, pada penghujung bulan 12 nanti iaitu masuk tahun 1431 maka umur saya akan mencecah 50 tahun.
Kalau mengikut umur nabi, cuma ada 13 tahun lagi untuk menghimpun amalan untuk memasuki rumah yang kekal abadi. Kumpul-kumpulkanlah amalan. Sekarang ni saya dok melatih diri ’membayar hutang’ pada Tuhan.
Amalan baik ni bukan setakat sembahyang dan puasa saja tetapi melatih hati supaya hati kita bersih, baik sangka dan sentiasa gembira dan bersyukur setakat mana yang kita ada.
Kalau makan, jangan makan sorang-sorang. Sembahyang, jangan sembahyang sorang-sorang. Kalau tidur, jangan tidur sorang-sorang.
Kalau saya keluar makan dengan isteri saya akan order satu pinggan makanan dan satu gelas minuman. Makanan berkongsi dan minuman berkongsi. Inilah dia orang tua yang paling romantik.
Kalau kat warung makan nasi lemak atau roti canai saya akan sediakan wang yang cukup untuk bayar orang yang makan semeja dengan saya. Berapa senlah sangat. Tapi biasanya orang lain yang belanja saya.
Kat rumah pula biasanya seminggu sekali makan ’nasi ambeng’ (nasi yang dimakan dalam talam) bersama anak-anak.
Menjadi suatu kepuasan bila dapat menjadi imam dan makmumnya adalah isteri dan anak-anak. Anak-anak yang dah besar hingga yang sekecil-kecilnya 3 tahun berkumpul bersama untuk solat.
Kepuasaan ini lebih daripada kepuasan memiliki rumah di Pelangi Semenyih, Pandan Jaya, Dusun Tua dan Kajang yang terpaksa ditinggalkan kerana pulang ke kampung halaman. Kampung Ruat yang lama kutinggalkan. Selamat Tahun Baru. Semoga dengan bertambah umurku akan bertambah pula amalanku. Amin.



Selengkapnya...

SMSAH


SMSAH DALAM KENANGAN

Setelah 30 tahun meninggalkan SMSAH, kini beberapa bekas pelajar jenan itu sesi 1975 – 1979 menghubungi kembali rakan-rakan lama yang terpisah. Bayangkan selepas hampir 30 tahun membawa haluan, kerjaya dan rasanya ada yang mungkin menjadi ‘datuk’ dan nenek, kini mungkin satu perjumpaan ‘keluarga’ dapat diadakan.
Usaha mencari kembali kawan-kawan seangkatan adalah satu usaha murni. Bekas pelajar SMSAH bagi sesi yang lain ada yang telah lama berbuat demikian.
Tahniah dan terima kasih kepada teman sekampung, Pn. Hasnah yang merupakan salah seorang penggerak bagi merealisasikan impian supaya bekas pelajar sesi 75/79 dapat menghubungi satu sama lain.
Memang banyak kenangan semasa di SMSAH. Selepas menjadi bekas pelajar saya dan beberapa kawan yang tinggal di sekitar KL pernah menghadiri perjumpaan bekas pelajar di INTAN, KL dan pulang untuk perjumpaan bekas-bekas pelajar di SMSAH sendiri. Pada tahun 1993 semasa berkursus di IPDA saya pernah membuat program motivasi untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4 pada tahun tersebut.
Tahun ini (2009) setelah lama merantau, saya pulang untuk tinggal bersama emak yang semakin uzur. Bila buka almari mencari pakaian lama semasa zaman persekolahan dulu, maka nostalgia kenangan dulu terisik kembali. Semua pakaian memang dah tak muat Cuma satu saya yang dapat saya pakai. Apa dia? Ianya ialah tali leher jenan yang berwarna biru dan berjalur merah kuning. Kadang-kadang saya pakai juga semasa bekerja.
Kadang-kadang bila di minta membaca doa semasa makan, saya akan menambah satu doa yang saya dapat semasa di SMSAH.
“Ya Allah, ya Tuhan kami,
Berikanlah kami rezeki yang halal,
Jauhilah kami dari segala yang haram,
Diatas rahmat Mu yang melimpahi sekelian alam,
Amin, amin, ya Robbal ’alamin.”

Saya mengimpikan satu pertemuan bekas pelajar sesi 1975/1979 dapat diusahakan. Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang bekerja keras untuk merealisasikannya.

”BELAJAR DAN BERBAKTI” .
Wassalam.

Selengkapnya...

KOPITIAM

MAKAN DI KOPITIAM?
Setakat ini belum pernah lagi. Baru-baru ini saya terima email dari teman-teman. Mari kita baca dan fikir-fikirkan:

WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam 'WCOK' telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.

Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya ialah:-

-Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong Kong (tertulis dipaket bungkusan)

-Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada dipasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages

-Minyak yang digunakan didalam penyediaan menu ' Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup'. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat dipasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya benar & tiada campuran lain?

-Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China . Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura. Khasiatnya dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan (persoalannya - bolehkan UMAT ISLAM makan yang terhasil daripada KURA-KURA)

Apa yang membuatkan UMAT ISLAM diMalaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @ 'JAIPK' pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehiingga kini (dari awal penubuhnnya-dekat 10tahun dah) masih lagi tidak diperoleh Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya. Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORENNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI. KENAPA & MENGAPA? Maka itulah umat islam dinegara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan..

Selain daripada penyalahgunaan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAIPK umat islam juga terpedaya dengan paparan pekerja islam yang diambil bekerja. Dimana dengan mengatakan yakni makanan yang dihidangkan adalah halal, maka pekerja-pekerja islam ini telah terpedaya untuk berkerja seterusnya menjadi penipuan yang tidak diketahui mengenai status halal makanan direstoren tersebut. Bagi pengunjung-pengunjung, apabila melihat Sijil HALAL yang dipaparkan (yang dikeluarkan oleh JAIPK bg sesetengah produk sahaja & bukan yang dikeluarkan oleh JAKIM yakni pengesahan makanan yang dihidangkan oleh restoren terbabit adalah HALAL semuanya) serta pekerja-pekerja islam (yang tidak mengetahui akan Status Non-HALAL yang dihidangkan.Siap pakai tudung lagi) maka dengan mudahnya mereka memasuki dan menjamahnya.

Seperti apa yang berlaku di KULIM, KEDAH bagi Kopitiam PAK'HAINAN (juga 'TIDAK HALAL') Sungguh menyedihkan apabila pengurus restoren beragama Islam dan berbangsa Melayu tidak mengendahkan & mengetahui status HALAL bagi makanan yang dihidangkan. Papan tanda diluar restoren juga sungguh besar menunjukkan pekerja islamnya memakai tudung menghidangkan makanan.

Begitu juga yang berlaku di TESCO Seberang Jaya, Perai pula Kopitiam WHITE HOUSE (juga 'TIDAK HALAL') selain menghidangkan `noodles @ mee' yang TIDAK HALAL dan beberapa menu lagi yang tidak diketahui Status HALAL HARAMnya, mereka juga dengan selamba & tampa rasa bersalah mengunakan LOGO HALAL JAKIM tampa kelulusan. Apabila ditanya, mereka menjawab produk mereka semuanya HALAL. Dan apa buktinya bagi Noodles @ Mee Import yang dihidangkan dan beberapa produk lain, tidak tahu jawapannnya.

Di TESCO Kajang pada tahun 2006, WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam telah menghidangkan `noodles @ Meenya' yang antara isi kandungannya terdapat 'LUNCHEON MEAT'. Aduan telah dibuat, namun tiada tindakan daripada pejabat Agama diambil bagi men`yamak' restoren terbabit.

Perkara ini telah disahkan oleh perkerja Islam White Coffee Oldtown Kopitiam (kini telah berhenti apabila mengetahui perkara ini) selain daripada pekerja pihak pengurusan berbangsa Cina (juga telah berhenti apabila menghadapi tekanan daripada pelanggan mengenai Status HALAL JAKIM).

Selain itu, walaupun WCOK telah membuka sehingga melebihi 100 cawangan dari tahun 1999-2008 diseluruh negara yakni dari utara hingga ke selatan namun STATUS HALALnya masih lagi tidak diperolehi. Dalam masa 10tahun, 100 cawangan telah berjaya dibuka dengan menghidangkan kepada UMAT ISLAM MALAYSIA makanan yang HARAM. Dan sungguh menyedihkan apabila pihak JAKIM selaku pihak Jabatan Agama yang bertanggungjawab dinegara ini mengambil sikap berdiam diri. Adakah seseorang dijabatan ini telah disogok agar tiada isu dibangkitkan & tindakan diambil walaupun sebenarnya telah ada aduan yang dibuat. Apakah pihak di JAKIM hanya melihat kepentingan yang akan diperolehi dengan tindakan ini tetapi tidak PERHINTUNGAN di PADANG MASYAR nanti? Apakah perlu adanya aduan baru ada tindakan? Sedangkan pihak JAKIM telah melihat begitu ramai umat islam menjamah makanan di `WHITE COFFEE OLDTOWN KOPITIAM' yang 'TIADASTATUS HALAL' dan kini terbukti 'TIDAK HALAL' nya. Adakah tiada pemantauan dan tindakan bagi pihak yang `TIDAK MENDAPAT KEBENARAN/ KELULUSAN' JAIKIM menjugakan LOGO HALAL JAKIM?

Hanya beberapa Kopitiam sahaja yang prihatin & dilihat telah mendapat `PENGESAHAN SIJIL HALAL JAKIM' walaupun baru setahun jagung dibuka. Seperti SWENZ KOPITIAM & KAPITAN KOPITIAM. Dimana melalui produk menunya didapati sememang tiada makanan yang diimport dari TAIWAN,
HONG KONG & JEPUN yang kebanyakkannya tidak HALAL. Mengapa restoren ini boleh mendapat Status HALAL JAKIM & terdapat sesetengahnya TIADA HALAL JAKIM.

Jawapannya MUDAH, ini kerana sesetengah hidangan makanan yang dihidangkan di Rangkaian Kopitiam seperti:-

-WHITE COFFEE OLDTOWN Kopitiam,

- NEWTOWN Kopitiam

-WHITE HOUSE Kopitiam

-PAK HAINAN Kopitiam

-JOM BALI Kopitiam

adalah 'TIDAK HALAL'
For HALAL issues, kindly ask or surf www.hdcglobal.com.my




Selengkapnya...