Selasa, Jun 24, 2008

Hantu Raya

Percayakah anda bahawa di dunia ini ada hantu raya? Bila ada masa saya akan masukkan gambarnya ke laman ini. Tapi apa yang nak saya cerita di sini adalah cerita mengenai diri saya sendiri. Pada suatu ketika membantu seorang pesakit yang kerasukan. Saya dibantu oleh seorang kawan dan seorang ustaz membantu merawat pesakit ini. Seminggu lebih saya berulang alik kerumah pesakit ini. Alhamdulilah, pesakit ini sembuh. Bukan manusia yang sembuhkan tapi Allah yang sembuhkan. Manusia cuma berikhtiar. Baru-baru ini pesakit itu sakit kembali tapi taklah sampai kerasukan tapi tanda-tanda sakit itu ada. Beliau memberitahu saya. Saya bukanlah pengamal perubatan tapi belajar sikit-sikit untuk keluarga. Maka hamba Allah ini saya suruhlah pergi berubat dengan orang yang lebih mahir dalam bidang tersebut. Maka dia pun pergi......

Dia pergi pada hari Jumaat. Hari Ahad saya ada kelapangan, jadi saya dan ibu saya pun pergi ziarah pesakit ini. Pada mulanya pesakit ni malu-malu dan takut nak cerita. Tapi bila saya ikhlas bertanya pesakit ini pun cerita bahawa perawat tersebut kata saya bela hantu raya. Sebelum pesakit itu datang, hantu raya saya dah datang jumpa perawat tersebut. Terkejut beruk saya! Pagi Isnin saya telefon perawat tersebut. Saya nak jumpa dia. Dia kata cukuplah setakat bicara dalam telefon saja. Dia kata hantu raya yang jumpa dia tu hantu raya ****** bukan hantu raya saya. Berbelit pula cerita. Saya tak puas hati lalu saya pergi Darul Syifa pagi tu juga. Ustaz Ikhwan yang merawat pagi tu. Saya minta ustaz check saya betul-betul kalau-kalau ada makhluk yang menumpang atau nak bersahabat dengan saya. Akhirnya saya lulus ujian. Alhamdulillah. Lama juga kami berbual. Hari tu memang saya bertuah kerana dapat sesuatu yang baru. Setiap apa yang tuhan takdirkan kepada kita sebenarnya kerana Tuhan sayang kepada kita, Tuhan nak beri ilmu kepada kita dan yang paling penting nak latih diri kita supaya berSABAR.

"Wahai Allah, yang maha agung, maha indah,
Jadikanlah aku hambaMu yang dapat membaca keagunganmu dan keindahanMu,
Supaya aku menjadi hambaMu yang arif dalam menghadapi fenomena yang terhampar didepanku,
Supaya aku dapat membaca hikmah disebalik fenomena itu,
Jadikanlah aku supaya memandang semua yang kau ciptakan sebagai indah, cantik dan mengagumkan".

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

emm...saya tak paham cerita ini. adakah anda memiliki hantu raya?