Isnin, Mei 25, 2009
Ahad, Mei 24, 2009
JERAI
DARI LEMBAH RUAT
KE PULAU-PULAU,
DAN KE GUNUNG
KU CARI ERTI KEBAHAGIAAN
MAKA MEMANGGILLAH JERAI KEPADA KU
DATANGLAH WAHAI ANAKKU
DATANGLAH KE PUNDAKKU
DAKILAH KEPUNCAKKU
BERDIRILAH DI TAPAK MASJID ABDULLAH YAMANI
SUJUDLAH KEPADA ALLAH MAHA AGUNG
BERDOALAH SEPERTI DOA AS-SHEIKH
BERZIKIRLAH
BERMUNAJAJATLAH
UNTUK MENCARI CINTA TUHAN
JADIKAN DIA KEKASIHMU
DAN JADIKAN DIRIMU KEKASIHNYA
NESCAYA KAU TEMUI KEBAHAGIAAN
UNTUK SELAMA-LAMANYA
IZHARZAID JUMAAT 220509 .0815 PAGI
Selengkapnya...
Khamis, Mei 21, 2009
Ahad, Mei 17, 2009
Isnin, April 27, 2009
SELAMAT BERSUA KEMBALI
Assalamualaikum pada teman-teman yang telah sudi melawat blog ini. Sudah agak lama saya tidak menulis. Kekadang berasa rindu juga. Ini disebabkan internet di sokolah tidak dapat surf laman blog. Nak ke kedai internet, al-maklumlah selalu penuh dengan pelanggan.
Kini saya telah bertukar ke sekolah baru nun di utara tanah air. Pulang ke kampung halaman kerana ibu tua yang menjadi permata hati selalu uzur. Kata orang, sejauh mana seluang melaut, akhirnya pulang ke lubuk jua. Begitulah saya. Lebih dari 20 tahun berada di ibu dan pinggir kota raya Kuala Lumpur akhirnya Tuhan telah menulis dalam tintanya bahawa pada tahun 2009 saya akan pulang ke negeri Jelapang Padi Malaysia meninggalkan kenangan-kenangan manis yang talah di semai.
Dari rumah saya sekarang boleh nampak deruan ombak yang memukul pantai dan tersergam indah Gunung Jerai yang menjadi panduan pelaut dan pedagang dari dulu hingga kini. Betapa damainya tinggal di sini. Mungkin untuk merakamkan kembali kenangan semasa kecil dan menghabiskan sisa-sisa usia di sini. Terima kasih Tuhan. Terima kasih semua teman-teman yang berkongsi pengalaman suka duka dalam kehidupan ini.
Selengkapnya...
Jumaat, September 12, 2008
Selamat Berpuasa dan Berhari Raya
Dikesempatan ini saya sekeluarga ingin memohon kemaafan kepada semua kenalan dan sahabat-sahabat serta pengunjung-pengunjung blog ini. Rasanya di sedari atau tanpa disedari, banyak kesalahan dan kesilapan yang dilakukan. Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya untuk terus bermuhasabah diri.
Setiap ujian Tuhan, baik kecil mahupun besar memberi keinsafan supaya hati ini terus bermunajat kepadanya, memohon keampunannya. Wahai Allah, jadikanlah hati-hati kami saling berkasih sayang dan menyintaiMu. Amin. Selamat Datang Ramadhan, bulan yang dinanti-nantikan. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf dzahir dan batin.
Selengkapnya...
Sabtu, Julai 05, 2008
Ayah dan Ibu
"Ayah dan ibu, ayah dan ibu itulah permulaan kami. Dapat melihat bulan dan matahari." Itulah antara senikata lagu yang dinyanyikan oleh Sudirman Hj Arshad. Dimanakah ayah dan ibu anda sekarang? Mungkin cerita di bawah boleh menjadi iktibar kepada kita semua.
Seminggu lepas, sewaktu saya on call 24 jam, saya dapat panggilan dari
anggota balai, bagi tahu, ada satu mayat di temui di dalam sebuah rumah.
Jiran mendakwa terhidu bau busuk. Saya bersama 6 anggota bantuan teknik dan
Forensik ketempat kejadian, juga terdapat 5 anggota balai yg sedia menanti
saya. Saya membuat pemeriksaan di sekeliling rumah bagi mengesan sebarang
kesan kesan jenayah. TIADA. saya intai melalui tingkap, memang baunya busuk
menusuk hidung. Bau mayat !..saya nampak sesusuk tubuh yg terbaring di atas
sofa...dengan hanya berkain pelikat sahaja..jelas mayat satu lelaki,
berulat, dengan mata dan gigi telah terkeluar...


saya terpaksa memecah masuk kedalam rumah....dan buat pemeriksaan. Ada
dompet yg mengandungi RM33. jam tangan, dan IC serta beberapa no tel. rumah
usang, tanpa talipon, tiada peti sejuk...ada sedikit beras dan minyak masak.
Nyata mayat tersebut, seorang lelaki 75 tahun....saya menghubungi satu no
tel.di jawab oleh seorg perempuan muda...20 tahun...dan itu cucunya...mayat
di bawa ke Hospital Ipoh untuk bedah siasat esoknya.
di mana anak anaknya?
baru seminggu anaknya datang membawa emaknya ke Johor kerana bercuti,
menyambut merdeka dan membawa emak berjalan jalan...mungkin ayah tak mahu
mengikut...berdasarkan siasatan Forensik, ayah tua tu meninggal pada hari
anak anaknya membawa ibunya ke Johor. Sewaktu di temui memang mayat telah
seminggu, berdasarkan keadaan mayat dan size ulat yang menghurungi mayat.
saya menegur anaknya di bilik mayat...tentang kesilapan mereka meninggalkan
ayah mereka dalam keadaan sebegitu daif...tanpa menghubungi, tiada link dgn
jiran jiran...seorang pun anak anaknya 5 lelaki , 4 perempuan tak sanggup
mengecam mayat ayah mereka...apatah lagi mengangkat jenazah ayahnya. Cuma
adik perempuan dan suaminya sahaja yg sanggup masuk kedalam bilik mayat dan
mengecam...sejurus sebelum pengsan.
kenapa sampai jadi begini ? apa yg tak kena?
Selengkapnya...

