Isnin, Jun 29, 2009

KESULTANAN KEDAH DARUL AMAN

VIDEO 1


Selengkapnya...

Isnin, Jun 22, 2009

PANTAI MERDEKA



Pantai Merdeka merupakan sebuah tanjung di muara Sungai Merbok. Daratan bertentangan Pantai Merdeka adalah Tanjung Dawai. Dari muara Sungai Merbok inilah, merupakan laluan utama kerajaan Kedah Tua. Sungai ini menghulu ke Lembah Bujang dan Sungai Mas di mana penempatan awal Kerajaan Kedah. Gunung Jerai merupakan panduan kepada pelayar-pelayar dan pedagang. Di puncak Gunung Jerai inilah dulunya terdapat masjid yang didirikan oleh Sheikh Abdullah Yamani.Saya sempat melawat ke Pantai Merdeka yang pasir pantainya bersih dan kian membangun di era pemerintahan baru. "Membangun Bersama Islam". Di sini disertakan beberapa gambar semasa kami ke Pantai Merdeka.

Selengkapnya...

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR GUNUNG JERAI

Pemandangan Dari Laut.
Gunung Jerai merupakan sebuah gunung yang paling banyak menyimpan sejarah. Kini ianya juga merupakan destinasi pelancongan dan perkhemahan. Pengunjungnya datang dari seluruh dunia. Pada sebelah malam gunung ini menjadi misteri kerana ramai yang datang untuk 'berzikir'. Di sini ramai juga yang menghabiskan masa untuk 'bertapa'. Tahukah anda kita boleh memandu kereta hingga ke puncak Gunung Jerai? Datanglah ke sini dan nikmati pelbagai fenomena menarik.

Selengkapnya...

Isnin, Jun 15, 2009

PERNAHKAH KITA TERFIKIR?


THAILAND TIDAK PERNAH DI JAJAH???
MEREKA BERBANGGA BAHAWA MEREKA ADALAH SATU-SATUNYA NEGARA DI ASIA YANG TIDAK PERNAH DIJAJAH.

MEREKA JELAS BERBOHONG KERANA BANGSA THAI YANG BERAGAMA BUDDHA (DARI BANGSA SUK-KHO-THAI) ADALAH PENJAJAH NEGERI SIAM BERMULA TAHUN 1767. SEBELUM PADA TAHUN ITU, NEGERI SIAM ADALAH SEBUAH NEGERI YANG BERAGAMA ISLAM.

SERANGAN MEREKA BERMULA TAHUN 1767 LANTAS MEREKA BERJAYA MENAWAN AYUTHIA.

AYUTHIA TERCATIT SEBAGAI SHAH-RUL-NURI DIMANA HAMZAH FANSURI PERGI UNTUK MENDALAMI ILMU AGAMA ISLAM.

MANA MUNGKIN RAJA-RAJA MELAYU SANGGUP MEMBAYAR UFTI (ZAKAT) KEPADA RAJA SIAM SEKIRANYA MEREKA TIDAK BERAGAMA ISLAM.

MAHARAJA AYUTHIA TERAKHIR, BOROMORAJA EKATAAT MAHA DAMAYAZA HANYALAH GELARAN SAHAJA. IA BERMAKSUD PEMBESAR DARI BERLAINAN DARAH KETURUNAN. NAMA SEBENAR BAGINDA ADALAH KHALIFAH SYARIF ABU BAKAR SYAH. SETELAH AYUHTIA DITAWAN BAGINDA BERUNDUR KE ISTANA NAKHUN SI THAMMARAT DAN DI KENALI SEBAGAI 'RAJA BAKAR' @ RAJA NAMBANG (AIR TELOK) SEPERTIMANA TERCATIT DALAM SEJARAH PATANI DAN 'SYARIF' DALAM MANUSKRIP UNDANG-UNDANG KEDAH.

TERDAHULU, DALAM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA TERCATAT BAHAWA NEGERI SIAM LANCANG DIBUKA OLEH SAYYIDINA JAMALUL ALAM BADRUL MUNIR ANAKANDA KEPADA RAJA MERONG MAHAWANGSA YANG BERASAL DARI KEDAH. IA BUKAN DIBUKA OLEH RAJA THAI BUDDHA.

RAJA YANG MEMERENTAH THAILAND HARI INI ADALAH RAJA THAI, BUKANNYA RAJA SIAM. BANGSA TAI BERAGAMA BUDDHA MANAKALA BANGSA SIAM BERAGAMA ISLAM. DUA BANGSA DENGAN DUA BAHASA YANG BERBEZA.

DALAM BAHASA SIAM YANG MASIH DIPERTUTURKAN DI PERLIS, KEDAH DAN KELANTAN 'SUK-KHO-TAI ' BERMAKSUD 'BANGSA-MUSUH-PUAK KAFIR.'

Selengkapnya...

Ahad, Jun 14, 2009

CERITA KHASIAT AIR TELAGA SHEIKH ABDULLAH YAMANI


JERAI 8 Sept. - Sanggupkah anda berulang-alik sejauh 42 kilometer setiap minggu selama 10 tahun ke puncak Gunung Jerai semata-mata mahu mengambil air dari telaga Tok Sheikh?
Bagi seorang pesara, Abdul Aziz Bakar, 50, sejak merasai air telaga itu pada 1997, beliau terus berulang-alik dari rumahnya di Simpang Empat, Alor Star setiap minggu untuk mengambil air dari telaga tersebut.
Beliau mendapat tahu mengenai air mineral yang terdapat di telaga itu semasa bertugas sebagai fasilitator dan selalu mengadakan kem motivasi di Gunung Jerai.
"Air di Telaga Tok Sheikh ini tidak sama dengan air dari tempat lain kerana ia mengandungi pelbagai keistimewaan selain bebas daripada klorin.
"Badan akan terus merasa segar dan keletihan kita juga akan hilang apabila kita minum air telaga ini," katanya ketika ditemui di Kompleks Telaga Tok Sheikh di puncak Gunung Jerai di sini baru-baru ini.
Air mineral yang terdapat di Kompleks Telaga Tok Sheikh yang terletak di puncak Gunung Jerai yang dikatakan mampu menyembuhkan penyakit terus menggamit pengunjung untuk datang ke situ.

Telaga Tok Sheikh sentiasa mengalirkan air yang jernih.

Ketika kunjungan Utusan Malaysia ke Kompleks Telaga Tok Sheikh baru-baru ini, kawasan telaga itu tidak putus-putus dikunjungi pelancong yang mahu merasai sendiri kesejukan air telaga itu.
Air mineral di situ telah wujud sejak dahulu lagi dan diambil namanya sempena nama Tuan Sheikh Abdullah Yamani iaitu orang yang bertanggungjawab mengislamkan Sultan Muzzafar Shah I pada 1136 Masihi (531 Hijrah).
Air telaga ini telah digunakan oleh Sheikh Abdullah Yamani dan digunakan oleh tukang-tukang yang membina masjid di puncak Gunung Jerai satu ketika dahulu.
Jelas Aziz, air telaga itu juga jika disimpan, akan kekal jernih.
"Saya pernah menyimpan air yang diambil daripada telaga ini selama dua bulan, namun ia tetap kekal jernih dan tidak keruh.
"Saya juga tidak mengalami masalah kesihatan seperti sakit perut dan sebagainya jika minum air mentah telaga ini," tambahnya.
Aziz memberitahu, beliau akan merasa sedikit kelainan jika minum air selain daripada air telaga tersebut.
"Air daripada paip biasa tidak mempunyai rasa yang sama seperti air telaga berkenaan,'' katanya.
Bagi Syed Ahmad Shauki, 46, yang bekerja sebagai penyelia taman strawberi di gunung itu, beliau juga selalu berkunjung ke telaga berkenaan untuk mengambil air dan menyegarkan badan.
"Air di telaga ini memang berbeza kerana sebaik sahaja kita minum airnya, badan yang letih pun akan kembali segar.
"Selain itu, jika kita mandi di sini, walaupun airnya terasa sejuk sehingga ke tulang, namun kita tidak akan menggigil," katanya.



Selengkapnya...

BILA RAMBUT MULA BERUBAN

Semasa memandu kereta semalam, isteri saya ternampak sehelai rambutku yang telah putih. Dah beruban rupanya aku. Maka aku teringat satu kisah.
Tersebut dalam kitab 'Zahrir Riyadh', bahawa nabi Yaaqub a.s. bersahabat dengan malaikat maut. Maka suatu ketika Malaikat Maut datang kepada nabi Yaaqub a.s. Nabi Yaaqub berkata, "Wahai Malaikat Maut, engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku? Malaikat Maut menjawab, "Untuk berziarah saja." Lalu nabi Yaaqub berkata, "Bila ajalku telah dekat dan engkau hendak mencabut nyawaku, hendaklah engkau bagitahu aku terlebih dahulu." . Malaikat Maut menjawab, "Baiklah, aku akan mengutuskan kepadamu 2 atau 3 utusan." Maka ketika ajal nabi Yaaqub telah sampai, malaikat Maut datang lagi kepadanya lalu ditegur oleh nabi Yaaqub, "Apakah engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?" malaikat maut menjawab, "Aku datang adalah untuk mencabut nyawamu." Nabi Yaaqub bertanya dengan hairan, "Bukankah engkau telah berjanji kepadaku hendak mengutuskan utusan terlebih dahulu? Malaikat Maut menjawab, "Benar dan aku telah melakukannya. Putihnya rambutmu setelah hitam, lemahnya badanmu setelah kuat, dan membongkoknya tubuhmu setelah tegap, itu adalah utusanku wahai Yaaqub kepada manusia sebelum mati."

Selengkapnya...

JEREBU MELANDA LEMBAH KELANG

Pada cuti sekolah yang lalu saya sekeluarga pulang ke Hulu Langat, Selangor. Musim buah-buahan baru nak bermula. Semasa pulang saya sibuk berurusan terutama urusan keluarga. Pulang kali ini kami disambut olehjerebu yang begitu teruk sekali. Bertahun-tahun tinggal di lembah kelang pada bulan-bulan begini di musim panas, jerebu sering melanda. Bilakah agaknya akan berakhir?

Selengkapnya...