Sabtu, Julai 05, 2008

Ayah dan Ibu

"Ayah dan ibu, ayah dan ibu itulah permulaan kami. Dapat melihat bulan dan matahari." Itulah antara senikata lagu yang dinyanyikan oleh Sudirman Hj Arshad. Dimanakah ayah dan ibu anda sekarang? Mungkin cerita di bawah boleh menjadi iktibar kepada kita semua.

Seminggu lepas, sewaktu saya on call 24 jam, saya dapat panggilan dari
anggota balai, bagi tahu, ada satu mayat di temui di dalam sebuah rumah.
Jiran mendakwa terhidu bau busuk. Saya bersama 6 anggota bantuan teknik dan
Forensik ketempat kejadian, juga terdapat 5 anggota balai yg sedia menanti
saya. Saya membuat pemeriksaan di sekeliling rumah bagi mengesan sebarang
kesan kesan jenayah. TIADA. saya intai melalui tingkap, memang baunya busuk
menusuk hidung. Bau mayat !..saya nampak sesusuk tubuh yg terbaring di atas
sofa...dengan hanya berkain pelikat sahaja..jelas mayat satu lelaki,
berulat, dengan mata dan gigi telah terkeluar...

s
aya terpaksa memecah masuk kedalam rumah....dan buat pemeriksaan. Ada
dompet yg mengandungi RM33. jam tangan, dan IC serta beberapa no tel. rumah
usang, tanpa talipon, tiada peti sejuk...ada sedikit beras dan minyak masak.

Nyata mayat tersebut, seorang lelaki 75 tahun....saya menghubungi satu no
tel.di jawab oleh seorg perempuan muda...20 tahun...dan itu cucunya...mayat
di bawa ke Hospital Ipoh untuk bedah siasat esoknya.

di mana anak anaknya?

baru seminggu anaknya datang membawa emaknya ke Johor kerana bercuti,
menyambut merdeka dan membawa emak berjalan jalan...mungkin ayah tak mahu
mengikut...berdasarkan siasatan Forensik, ayah tua tu meninggal pada hari
anak anaknya membawa ibunya ke Johor. Sewaktu di temui memang mayat telah
seminggu, berdasarkan keadaan mayat dan size ulat yang menghurungi mayat.

saya menegur anaknya di bilik mayat...tentang kesilapan mereka meninggalkan
ayah mereka dalam keadaan sebegitu daif...tanpa menghubungi, tiada link dgn
jiran jiran...seorang pun anak anaknya 5 lelaki , 4 perempuan tak sanggup
mengecam mayat ayah mereka...apatah lagi mengangkat jenazah ayahnya. Cuma
adik perempuan dan suaminya sahaja yg sanggup masuk kedalam bilik mayat dan
mengecam...sejurus sebelum pengsan.

kenapa sampai jadi begini ? apa yg tak kena?

Selengkapnya...

Jumaat, Julai 04, 2008

Memahami Cabaran Saudara Baru & Agama Dunia

Pada hari Ahad 29 Jun lalu saya telah mengikuti seminar di Dewan Rinantanda, Bangunan MBSA, Shah Alam.
Seminar sehari itu anjuran bersama PGSM, JIM Petaling dan MBSA. Empat kertas kerja dibentangkan iaitu:
1. Dakwah Terhadap Bukan Islam Satu Cabaran (Hj. Redhuan Tee Abdullah)
2. Mengenali Sejarah dan Ajaran Kristian serta Isu Berkaitan (Hj. Nicholas Sylvester)
3. Mengenali Ajaran Agama Hindu (Ust. Fitri Abdullah)
4. Cabaran Menangani Isu Saudara Baru Dari Sudut Perundangan (Tuan Abd Walid Abu Hassan)
Program tersebut banyak memberi pendedahan berkaitan kepercayaan agama lain seperti Buddha, Kristian dan Hindu. Paling menarik adalah kerana Hj. Nicholas Sylvester adalah bekas 'tentera kristus' dan Ust. Fitri adalah bekas sami Hindu. Pendedahan yang jelas dan menarik banyak memberi input berkaitan agama berkenaan dalam situsasi di Malaysia. Walaupun pernah belajar 'kaunseling pelbagai budaya' semasa di UPM dulu, pendedahan ini penting bagi saya kerana ianya diterangkan secara jelas beserta penggunakan istilah Tamil. Ianya memberi peluang untuk saya lebih mengenali budaya dan agama masyarakat Malaysia yang lain khususnya pelajar-pelajar dan jiran-jiran saya. Rasanya bila dah pergi seminar ni, saya lebih mengenali agama mereka dari diri mereka sendiri kerana kebanyakan mereka main ikut-ikut sahaja.
Selengkapnya...

Jang (Bangsa China)

Jang berasal dari negara China. Beliau menceritakan bahawa perjalanannya kepada Islam bermula dengan isu pengharaman khinzir (babi).

Beliau berasa pelik mengapa Islam mengharamkan babi lantas beliau membuat kajian tentangnya dengan membaca beberapa majalah perubatan moden dan perubatan China tradisional. Beliau mendapati beberapa saintis mengatakan daging babi menyebabkan tidak kurang daripada 70 penyakit. Malah perubatan China tradisional juga membuat konklusi yang lebih kurang sama dengan mengatakan bahawa daging khinzir adalah antara makanan yang amat berbahaya bagi kesihatan manusia.

Selepas memeluk Islam Jang memilih nama Selim sebagai nama Islamnya sekali gus mengikut jejak langkah lebih kurang 30 juta Muslim yang terdapat di negara China pada hari ini.

http://www.islamonline.net/servlet/Satel...NWELayout.

Selengkapnya...

Dr. Ingrid Mattson

Dr. Ingrid Mattson (Roman Katolik dari Kanada)
Dr. Ingrid Mattson berasal dari Kanada. Beliau mendapat ijazah dalam bidang falsafah di University of Waterloo, Ontario, pada tahun 1987.
Pada asalnya beliau Dr. Ingrid Mattsonmenganuti agama Kristian Roman Katolik namun disebabkan beliau tidak berasa damai dan tidak berasa dekat dengan Tuhan beliau terus mengkaji demi mencari kebenaran hakiki. Pencariannya membawanya kepada Islam dan ketika berumur 23 tahun beliau memeluk Islam. Solatnya yang pertama begitu bermakna baginya kerana ketika itulah, buat pertama kalinya, beliau berasa begitu dekat dengan Tuhan.

Pada tahun 1999 beliau memperoleh ijazah PhD dari University of Chicago dalam bidang Pengajian Islam. Pengalaman beliau merangsangnya untuk menulis pelbagai artikel bertujuan untuk membetulkan tanggapan negatif sebahagian masyarakat antarabangsa terhadap Islam. Artikel-artikel tulisan beliau banyak memfokuskan kepada aspek undang-undang Islam dan kerelevanannya dengan masyarakat sekarang, isu berkaitan gender dan kepimpinan serta isu-isu semasa yang melanda umat Islam masa kini. Di samping itu beliau sering di undang untuk bercakap di TV serta forum-forum antarabangsa berkaitan isu yang melanda umat dan agama Islam.

Pada hari ini Dr. Ingrid Mattson merupakan Pengarah kepada projek yang dikenali sebagai Islamic Chaplaincy. Beliau juga adalah Profesor di Macdonald Center for Islamic Studies and Christian-Muslim Relations di Hartford Seminary, Hartford, CT. Pada tahun 2006 beliau dilantik menjadi Presiden kepada Pertubuhan Islam Amerika Utara (ISNA).

Rujukan: http://macdonald.hartsem.edu/mattson.htm

Selengkapnya...

Dileep Kumar

Dileep Kumar (Agama Hindu, Tokoh Muzik Bollywood)
Dileep Kumar dilahirkan pada tahun 1966 di Madras, India. Beliau adalah penganut agama Hindu dan memperoleh ijazah dalam bidang Western Classical dari Trinity College of Music, Oxford University. Beliau amat popular di India melalui muzik ciptaannya yang merevolusikan muzik Bollywood di India.
Semuanya bermula pada tahun 1992 apabila beliau diberikan kepercayaan untuk mencipta muzik dan lagu bagi filem Roja. Beliau berjaya menyerlahkan bakatnya sehinggakan lagu Tamizha Tamizha dalam filem ini menjadi pujaan ramai. Kebolehan beliau memang mengagumkan kerana beliau berjaya menggabungkan unsur-unsur pop, Bach, Beethoven, Mozart, reggae, rock serta muzik Hindu klasik dalam muziknya. Kerana kehebatannya itu beliau menggondol anugerah sebagai Pengarah Muzik Terbaik sebanyak tiga kali.

Pada tahun 1988 Dileep Kumar mengalami satu pengalaman yang pelik, iaitu, ketika berada di Malaysia beliau bermimpi menemui seorang lelaki tua yang menyuruhnya memeluk Islam. Beliau pada mulanya tidak mempedulikan mimpi itu namun apabila, selepas itu, mimpi yang serupa datang berulang-ulang kali dalam tidurnya, beliau mula memandang serius terhadapnya. Minatnya terhadap Islam terus meningkat dan kemuncaknya ialah ketika salah seorang adik perempuannya mengalami sakit tenat pada tahun 1988. Rawatan demi rawatan tidak berjaya menyembuhkan penyakit adiknya sehinggalah mereka bertemu dengan seorang tokoh agama Islam. Secara yang tidak diduga, penyakit adiknya sembuh selepas tokoh agama itu berdoa kepada Allah. Pada tahun 1989 Dileep Kumar dan keluarganya memeluk agama Islam dan beliau menukar namanya kepada Allah Rakha Rahman.

Antara pengalaman yang tidak boleh beliau lupakan ialah pada tanggal 6 Januari 2006 yang merupakan tarikh hari jadinya. Ketika itu beliau berada di Masjid nabi di Madinah. Beliau berkata, “Itulah hadiah hari jadi saya yang paling berharga. Selama sehari suntuk saya beribadah di dalam Masjid Nabi dan apa yang saya rasai tidak ada tolok bandingannya. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Allah.”

Rujukan: http://www.arabnews.com/?page=1§ion=...ry=Kingdom

Selengkapnya...

Dr. Murah Hofmann

Dr. Murah Hofmann (Roman Katolik, Pakar Undang-undang dan Diplomat)Dr. Murad Hofmann dilahirkan pada tahun 1931 dalam sebuah keluarga Roman Katolik. Beliau memperoleh ijazah pertamanya di Union College New York dan Dr. Murad Hofmannijazah PhD dalam bidang perundangan di Munich University pada tahun 1957.
Pada tahun 1960 beliau memperoleh pula ijazah LL.M. dari Harvard Law School. Beliau dilantik menjadi Pengarah Penerangan bagi NATO di Brussels dari tahun 1983 hingga 1987. Pada tahun 1987 beliau dilantik menjadi Duta Jerman ke Algeria dan pada tahun 1990 pula menjadi Duta ke Morocco

Dr. Murad Hofmann memeluk Islam berdasarkan beberapa pengalaman dan pengamatan. Antara sebabnya ialah pengalaman beliau di Algeria di saat berlakunya pertembungan antara tentera Perancis dengan kumpulan gerila dari kumpulan Algerian National Front.yang menuntut kemerdekaan bagi Algeria. Beliau melihat penderitaan yang dialami umat Islam yang memperjuangkan kemerdekaan ini serta kesabaran yang mereka miliki. Beliau meyakini kesemuanya terhasil kesan dari ajaran Islam yang mulia. Bermula tarikh itu Dr. Murad mula mengkaji al-Quran tanpa henti.

Sebab kedua beliau memeluk Islam ialah kefahaman beliau yang mendalam tentang ajaran Kristian. Beliau mendapati terdapat perbezaan yang besar antara apa yang dipercayai oleh orang Kristian awam dengan apa yang diajar oleh profesor agama Kristian di universiti. Beliau tidak boleh menerima ajaran St. Paul yang amat berbeza dengan ajaran nabi Isa yang asal sedangkan, kata belilau, “St. Paul tidak pernah bertemu nabi Isa maka bagaimana dia berani mengubah ajaran nabi Isa?”

Di samping itu beliau juga tidak boleh menerima hakikat bahawa setiap orang dilahirkan dalam keadaan berdosa, seperti yang terkandung dalam konsep Original Sin dalam ajaran Kristian, dan nabi Isa perlu mati kerana dosa-dosa itu. Beliau berasa pelik tentang mengapa ‘Anak Tuhan’ perlu disalib dengan kejam untuk membersihkan manusia daripada dosa yang mereka sendiri lakukan.

Pada tahun 1980 beliau memeluk Islam. Beliau berkata, “Seorang Muslim hidup tanpa pemujaan kepada makhluk. Dia tidak menyembah Tuhan dengan perantaraan Jesus, Mary atau wali-wali tertentu, sebaliknya dia menyembah Tuhan secara langsung. Justeru seorang Muslim merupakan seorang yang merdeka dalam erti kata yang sebenarnya.”

Rujukan: http://www.islamreligion.com/articles/124/

Selengkapnya...

Gito Rollies



Lagu ini dinyanyikan oleh SAHABATKU yang banyak memberi arti dalam hidupku. Dia mati tepat 6 bulan setelah dia sampaikan lagu ini pada saya pada tanggal 29 Agustus 2007. Almarhum Gito Rollies mati tanggal 29 Februari 2008.

Lagu Pertama: KEMBALI PADANYA

ASTAGHFIRULLAH ROBBAL BARAY
ASTAGHFIRULLAH MINAL KHOTOYA

KASIH SAYANG ALLAH
MAHA MEMPESONA
BETAPAPUN KITA MENGHIANATI-NYA
TIADA TERTUTUP CURAHAN RAHMAT-NYA
SELALU DINANTI KEMBALI PADA-NYA
SELALU DINANTI BERTAUBAT PADA-NYA

ALLAH MAHA PENYAYANG
PENERIMA TAUBAT
WALAU DOSA SEPENUH JAGAT RAYA
TIADA TERTUTUP PINTU TAUBAT-NYA
WAHAI SAHABAT CEPATLAH BERTAUBAT
KARENA AJAL KIAN MENDEKAT

ASTAGHFIRULLAH ROBBAL BARAYA
ASTAGHFIRULLAH MINAL KHOTOYA

TIADA TERTUTUP CURAHAN RAHMAT-NYA
SELALU DINANTI KEMBALI PADA-NYA


Lagu Kedua: HANYA KEPADA-Mu AKU BERGANTUNG

AKU SEBUT NAMA-MU
SETIAP AKU SUJUD
MENGIKUTI KEWAJIBANKU
KUSUCIKAN DIRIKU

KU MOHON AMPUNAN-MU
DARI SEGALA DOSAKU
HANYA PADA-MU KU BERGANTUNG
DALAM HIDUP DAN MATIKU

HAMBA INSAN BIASA
YANG TAK LUPUT DARI DOSA-DOSA
SEGALA PUJI BAGI-MU
YA ALLAH YA TUHANKU
BIMBINGLAH JIWA RAPUH INI
MENUJU TEMPAT BAHAGIA

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH
LAGI MAHA PENYAYANG
SEGALA PUJI BAGI ALLAH TUHAN SEMESTA ALAM
MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
YANG MENGUASAI HARI PEMBALASAN
HANYA ENGKAULAH YANG KAMI SEMBAH
DAN HANYA KEPADA-MU LAH KAMI MEMOHON PERTOLONGAN
TUNJUKILAH KAMI JALAN YABNG LURUS
YAKNI JALAN-JALAN YANG TELAH ENGKAU BERI NIKMAT KEPADA MEREKA
BUKAN JALAN YANG ENGKAU MURKAI
DAN BUKAN PULA JALAN MEREKA YANG SESAT


Lagu Ketiga: "DETIK HIDUP"

DETIK-DETIK BERLALU
DALAM HIDUP INI
PERLAHAN TAPI PASTI
MENUJU MATI...............

KERAP DATANG RASA TAKUT
MENYUSUP DI HATI
TAKUT HIDUP INI TERISI
OLEH SIA-SIA................

PADA HENING DAN SEPI
AKU BERTANYA
DENGAN APA KU ISI
HIDUPKU INI................

KERAP DATANG RASA TAKUT
MENYUSUP DI HATI
TAKUT HIDUP INI TERISI
OLEH SIA-SIA................

TUHAN KEMANA KAMI
SETELAH INI
ADAKAH ENGKAU DENGAR
DOA'KU INI....................

AMIN
YA ROBBAL 'ALAMIN

Syaikhut Taubah Gito Roollies Almarhum adalah seorang sosok manusia yang paripurna. Beliau mati pada tanggal 29 Februari 2008. Siapa yang tidak tahu perilakunya dulu sebelum almarhum hijrah dan bertaubat ke Jalan Allah Azza wa Jalla (Maha Baik dan Maha Benar). Syaikh Abdillah Baradja sahabatnya mengatakan pengetahuan agamanya ketika itu bukan saja NOL tapi "under zero" dibawah nol. Tapi Allah berkuasa atas segala sesuatu didunia ini. Allah mudahkan kepahaman agamanya dan Allah berikan ghirah yang besar untuk menda'wahkan agama ini kepada almarhum. Sampai ajalnya tiba almarhum Gito tetap berda'wah. Sudah banyak......, puluhan, ratusan bahkan ribuan orang yang kini sudah bertaubat dan berada dijalan Allah subhanawata'ala asbab hidayah melalui almarhum. Hidayah adalah mutlak milik Allah, tapi kita bisa menjadi asbab hidayah. Almarhum GITO ROLLIES patut menjadi pelajaran dan contoh bagi kita semua. Dia mati di hari Jumat, tepat selesai melaksanakan sholat dan kemudian berdoa. Dia mati sesudah membaca ayat 30-35 Surah Al Fushshilat dan membaca kalimah thoyibah. Hatinya mendengar ayat-ayat tersebut. Subhanallah. Dia mati dalam keadaan ber-TAUBAT kepada ALLAH.

Sumber: http://syaikhmuhammad.multiply.com/reviews/item/4
Selengkapnya...

Rabu, Julai 02, 2008

Kisah Benar 3: Rumah Bebas Doktor

Kisah ini berdasarkan kepada pengalaman peribadi seseorang. Dia bercerita; Beliau merupakan muslim yang tinggal bersama keluarga yang bahagia ( ibu bapa, isteri dan anak-anak). Ahli keluarga ini sepakat untuk membuat kotak yang dinamakan kotak 'sedekah'. Setiap anggota keluarga di dalam rumah tersebut boleh memasukkan wangnya sebagai sedekah ke dalam kotak itu setiap bulan sesuai dengan kemampuan mereka.

bersabar ye......
Selengkapnya...