Selasa, Jun 24, 2008

Makanan yang paling lazat
ialah makanan yang dimakan ketika lapar.

Air yang paling nikmat
ialah air yang diminum ketika kehausan.

Tidur yang paling nyenyak
ialah tidur dalam keadaan keletihan.

Kejayaan yang paling indah
ialah kejayaan sesudah melalui pelbagai rintangan
dan pengorbanan
untuk merealisasikannya



Selengkapnya...

Hantu Raya

Percayakah anda bahawa di dunia ini ada hantu raya? Bila ada masa saya akan masukkan gambarnya ke laman ini. Tapi apa yang nak saya cerita di sini adalah cerita mengenai diri saya sendiri. Pada suatu ketika membantu seorang pesakit yang kerasukan. Saya dibantu oleh seorang kawan dan seorang ustaz membantu merawat pesakit ini. Seminggu lebih saya berulang alik kerumah pesakit ini. Alhamdulilah, pesakit ini sembuh. Bukan manusia yang sembuhkan tapi Allah yang sembuhkan. Manusia cuma berikhtiar. Baru-baru ini pesakit itu sakit kembali tapi taklah sampai kerasukan tapi tanda-tanda sakit itu ada. Beliau memberitahu saya. Saya bukanlah pengamal perubatan tapi belajar sikit-sikit untuk keluarga. Maka hamba Allah ini saya suruhlah pergi berubat dengan orang yang lebih mahir dalam bidang tersebut. Maka dia pun pergi......

Dia pergi pada hari Jumaat. Hari Ahad saya ada kelapangan, jadi saya dan ibu saya pun pergi ziarah pesakit ini. Pada mulanya pesakit ni malu-malu dan takut nak cerita. Tapi bila saya ikhlas bertanya pesakit ini pun cerita bahawa perawat tersebut kata saya bela hantu raya. Sebelum pesakit itu datang, hantu raya saya dah datang jumpa perawat tersebut. Terkejut beruk saya! Pagi Isnin saya telefon perawat tersebut. Saya nak jumpa dia. Dia kata cukuplah setakat bicara dalam telefon saja. Dia kata hantu raya yang jumpa dia tu hantu raya ****** bukan hantu raya saya. Berbelit pula cerita. Saya tak puas hati lalu saya pergi Darul Syifa pagi tu juga. Ustaz Ikhwan yang merawat pagi tu. Saya minta ustaz check saya betul-betul kalau-kalau ada makhluk yang menumpang atau nak bersahabat dengan saya. Akhirnya saya lulus ujian. Alhamdulillah. Lama juga kami berbual. Hari tu memang saya bertuah kerana dapat sesuatu yang baru. Setiap apa yang tuhan takdirkan kepada kita sebenarnya kerana Tuhan sayang kepada kita, Tuhan nak beri ilmu kepada kita dan yang paling penting nak latih diri kita supaya berSABAR.

"Wahai Allah, yang maha agung, maha indah,
Jadikanlah aku hambaMu yang dapat membaca keagunganmu dan keindahanMu,
Supaya aku menjadi hambaMu yang arif dalam menghadapi fenomena yang terhampar didepanku,
Supaya aku dapat membaca hikmah disebalik fenomena itu,
Jadikanlah aku supaya memandang semua yang kau ciptakan sebagai indah, cantik dan mengagumkan".
Selengkapnya...

Selasa, Jun 17, 2008

Apabila Kita Fikir ...




Apabila kita fikir lelah,
Kita berasa lelah.
Apabila kita fikir kita tidak berani,
Maka kita tidak berani.
Apabila kita fikir kita kalah,
Maka kita sudah kalah.

Kejayaan bermula dengan kemahuan seseorang.
Semua itu ada di dalam fikiran.
Perjuangan hidup perlukan orang yang kuat dan cepat.
Tetapi cepat ataupun lambatnya orang yang menang itu
adalah kerana ia berfikir ia mampu menang.

Selengkapnya...

Ahad, Jun 15, 2008

KISAH BENAR 2


“Aku adalah tawanan Perang Dunia 1 yang diasingkan ke kota Qasiah yang terletak di timur laut Russia, tepatnya di daerah Qastarma. Di sana kutemukan sebuah masjid kecil milik kaum Tartar yang terletak di pinggir sungai Volga yang terkenal. Aku gelisah sekali bersama-sama teman para komandan yang tertawan sepertiku. Disebabkan kegelisahan itu itu, aku ingin mengasingkan diri, tetapi aku tidak diizinkan berada di luar kompleks tahanan.
Namun akhirnya, aku diizinkan juga keluar kekiranya aku sekadar duduk di dalam masjid. Aku mendapat keizinan ini kerana jaminan dari penduduk kampung orang Tartar. Aku tidur sendirian di masjid itu. Pada waktu itu, musim bunga menjelang dan waktu malamnya sangat panjang.
Aku sering tidak dapat tidur di malam musim bunga. Terasa sedih sekali hidup dirantau orang yang memang tidak menyenangkan. Suara gemercik air dari aliran sungai Volga dan titik air hujan yang turun serta tiupan angina yang menghembus, semua itu membuatku terjaga daripada tidur lelap.
Sekalipun aku belum tua, tetapi orang yang terlibat dalam perang menjadi tua sebelum waktunya. Rupanya perang yang kualami memberi ilham kepadaku bagi merenungkan kata-kata Allah, “Bagaimanakah kamu hendak memelihara diri kamu apabila kamu tetap ingkar dari azab yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua dan beruban”? (al-Muzammil, ayat 17). Pada waktu itu, usiaku menjelang 40 tahun, tetapi aku berasa seperti berusia 80 tahun.
Di malam kelam yang panjang dan sepi, dalam suasana yang penuh derita terasing kerana berada di negeri orang, dalam reality pahit dan menyakitkan yang aku alami, dalam suasana jiwa seperti ini dadaku sesak oleh putus asa dalam menghadapi kehidupan dan mengenang nasib tanah airku. Setiap kali aku meratapi kelemahan diri dan bersendirian, saat itu juga harapanku pudar, tetapi dalam keadaan demikian, tiba-tiba pertolongan dan bantuan Quran datang padaku.
Lidahku berulang-ulang melafazkan, Hasbunallah wani’mal wakil (Ali Imran, ayat 173). Hatiku menangis dan merintih: “Aku terasing, aku sendirian, aku lemah, aku tidak berdaya, aku merindukan keamanan, aku memohon ampun, aku perlukan pertolongan, aku bersimpuh di depan pintu rahmatmu, ya Allah!”
Dalam keadaan tidak berdaya dan lemah, pada malam-malam kelam yang penuh dengan kepedihan dan kesedihan kerana berpisah dan terasing di negeri orang, aku mendekatkan diri pada Allah dan memohon rahmatnya.
Aku tidak habis fakir bagaimana tidak lama kemudian, iaitu dalam beberapa hari berikutnya aku dapat melarikan diri. Sungguh di luar jangkaanku aku dapat melakukannya. Aku menyelusuri jalan yang mungkin hanya dapat dilalui dalam masa satu tahun. Aku juga sama sekali tidak memahami bahasa Russia. Tetapi kini aku ternyata bebas dan dapat keluar daripada tahanan sebagai tawanan perang dengan cara yang pelik.
Sesungguhnya, ini bebar-benar adalah pertolongan Allah kepada orang yang tidak berdaya dan lemah seperti diriku. Akhirnya aku tiba di ibu kota Istanbul melalui Warsaw dan Vienna. Demikianlah aku bebas daripada tahanan dengan mudah. Suatu pembebasan yang benar-benar menghairankan sehingga perjalanan panjang yang perlu kulalui dapat kulakukan dengan mudah. Sedangkan mengikut hokum akal, pelarian ini tidak mungkin dapat dilakukan oleh orang yang paling berani, cerdik dan orang yang mahir bahasa Russia sekali pun.
…………………FIKIR & ZIKIR……………….
Sumber bahan bacaan: Kecerdasan berasaskan AsmaulHusna (hari ke 62)
Selengkapnya...

Jumaat, Jun 13, 2008

KEMPEN JIMAT PETROL





Kalaulah benar-benar berlaku macam ni.............
Selengkapnya...

SUMPAH MELAYU



Marilah kita kembali menghayati sumpah keramat datuk nenek kita semasa memperjuangkan jati diri Bangsa Melayu. Bangsa kita memperjuangkan kemerdekaan, bangsa kita dianggap penderhaka, ditangkap, diburu, dihalau, dibuang negeri dan hidup dalam buangan kerana memperjuangkan kemerdekaan dari penjajah Inggeris. Datuk nenek kita dulu mengharapkan anak cucu mereka dapat memerintah negara ini. Hari ini setelah 50 tahun merdeka, orang Melayu masih mengalami nasib yang sama. Kenapa? Kerana kita semua lupa sumpah keramat datuk nenek kita. MELAYU MUDAH LUPA?
Selengkapnya...