Isnin, April 27, 2009

SELAMAT BERSUA KEMBALI



Assalamualaikum pada teman-teman yang telah sudi melawat blog ini. Sudah agak lama saya tidak menulis. Kekadang berasa rindu juga. Ini disebabkan internet di sokolah tidak dapat surf laman blog. Nak ke kedai internet, al-maklumlah selalu penuh dengan pelanggan.
Kini saya telah bertukar ke sekolah baru nun di utara tanah air. Pulang ke kampung halaman kerana ibu tua yang menjadi permata hati selalu uzur. Kata orang, sejauh mana seluang melaut, akhirnya pulang ke lubuk jua. Begitulah saya. Lebih dari 20 tahun berada di ibu dan pinggir kota raya Kuala Lumpur akhirnya Tuhan telah menulis dalam tintanya bahawa pada tahun 2009 saya akan pulang ke negeri Jelapang Padi Malaysia meninggalkan kenangan-kenangan manis yang talah di semai.
Dari rumah saya sekarang boleh nampak deruan ombak yang memukul pantai dan tersergam indah Gunung Jerai yang menjadi panduan pelaut dan pedagang dari dulu hingga kini. Betapa damainya tinggal di sini. Mungkin untuk merakamkan kembali kenangan semasa kecil dan menghabiskan sisa-sisa usia di sini. Terima kasih Tuhan. Terima kasih semua teman-teman yang berkongsi pengalaman suka duka dalam kehidupan ini. Selengkapnya...