Sabtu, Mei 31, 2008

Membuat Read More / Baca Seterusnya

Saya ingin berkongsi pengalaman cara membuat 'Baca Seterusnya'
(Maaflah tak berapa cantik kerana nak cepat)
1. Masuk internet melalui Mozilla Firefox
2. Sign in di blogger dengan id anda
3. Klik Setting
4. Klik Formatting
5. Pada ruang paling bawah ada kotak kosong disamping tulisan Post Template. Isi ruang kosong tersebut dengan kod di bawah ini. (boleh copy)


6. Klik tombol Save Setting (yang berwarna oren)
7. Klik menu Dasboard (bahagian atas sebelah kanan)
8. Klik menu Layout
9. Klik menu Edit HTML
10.Klik tulisan bergaris 'Download Full Template'. Di situ ada tulisan perkataan; Before editing your template, you may want to save a copy of it. Save dulu. What should Firefox do with this file? Pilih save to Disk dan klik ok. Setelah selesai (Done), tutup tetingkap tersebut(X).
11.Kemudian kita lihat bahagian bawah. Ada kotak HTML. Sebelah atas kotak tersebut iaitu bahagian kanan ada perkataan 'Expand Widget Templates'. Klik (tanda betul) kat kotak kecil tersebut.

12.Sekarang bahagian yang paling sukar sedikit. Kotak HTML anda dipenuhi dengan kod-kod HTML yang mungkin anda tak faham. Selepas dua pertiga ruang kotak tersebut anda akan jumpa perkataan atau kod dibawah iaitu dibahagian sebelah kiri.


13. Padam kod tersebut dan ganti dengan kod di bawah ini yang agak lebih panjang.

14. Untuk lebih selamat anda boleh copy kod di atas dan paste kat tempat yang dipadam tadi.
15. Setelah selesai, sila klik tombol SAVE TEMPLATE (yang warna oren). Selesai bab yang paling susah.
16. Klik menu Posting (atas sebelah kiri)
17. Klik Edit HTML. Kalau dalam ruang tersebut sudah tersedia tulisan seperti di bawah bererti anda telah berjaya. Kenalah belanja makan sate Kajang.

18. Tuliskan artikel yang ingin dilihat sebelum kod:

19. Tulis sambungan artikel tadi hingga habis sebelum kod:

20. Tulis dulu beberapa ayat mengikut arahan 18 dan 19 untuk melihat hasilnya.
21. Klik tombol bertuliskan PUBLISH POST (warna oren)
22. Klik tulisan View Blog (in a new window) untuk melihat hasilnya. Berjaya? Semoga berjaya. Kalau tak juga kenalah tunggu aku balik dari Kedah nanti.


Selengkapnya...

Ilmu Perlu Kesabaran

Membuat blog tidaklah sesukar mana. Namun untuk meluangkan masa untuk menulis artikel dan menambahbaikan kandungan blog mungkin mengambil masa sedikit. Apatah lagi sekiranya kita telah lama meninggalkan dunia internet. Namun apabila kita telah berjaya merealisasikan kaedah cuba jaya yang kita lakukan tentulah rasa kepuasan dalam diri. Bukanlah senang untuk memasukkan beberapa elemen dalam blok kita seperti jam, buku tamu dan sebagainya. Perkara yang paling sukar ..........

Perkara yang paling sukar adalah memasukkan perkataan 'read more' atau baca seterusnya.
Saya mengambil masa 2 hari duduk di meja komputer untuk membuat 'baca seterusnya' dalam blog saya. Saya melayari blog saudara Adlan dan saya mendapati blognya cukup cantik. Ada perkataan 'read more' lagi. Kalau tak berjaya kali ini nampaknya terpaksalah berguru dengan Adlan. Nampaknya dah berjaya! Alhamdulillah...........
Selengkapnya...

Rabu, Mei 28, 2008

Sahabat Sejati

Memberi salam terlebih dahulu kepada sahabatnya,
Mengutamakan sahabat daripada diri sendiri,
Menolong sahabat sebelum diminta,
Menerima jemputannya,
Sampaikan pujian orang lain kepadanya,
Memelihara rahsia dan menutup aib sahabat,
Tidak menyampaikan celaan orang terhadapnya,
Tidak menerima umpatan orang lain terhadap sahabat,
Hendaklah menegah orang yang mencelanya,
Beri perhatian terhadap apa yang ingin disampaikan,
Panggil sahabat dengan gelaran baik yang disukainya,
Diam ketika dia berkata sehingga selesai,
Jangan berbantah dengan sahabat,
Bersyukur dengan kebaikannya terhadap kita,
Iringilah sahabat ke pintu apabila dia hendak pulang,
Jangan mengecam kesalahannya,
Berilah nasihat dengan berhemah dan lemah lembut,
Maafkan kesalahan dan sentiasa mendoakannya,
Menyatakan kegembiraan terhadap kegembiraannya,
Menyatakan simpati terhadap kesusahannya,
Jangan menambahkan kesusahannya,
Menziarahi sahabat ketika sakit,
Menghantar jenazahnya sehingga ke tanah perkuburan,
Berbakti kepada keluarganya selepas kematiannya,
Sentiasa mendoakan kebahagiaannya di akhirat. Selengkapnya...

Selasa, Mei 27, 2008

Minda Kelas Pertama

Saya tertarik dengan tajuk ini. Minda Kelas Pertama? Apa sebenarnya minda kelas pertama? Kalau ada minda kelas pertama, adakah ada minda kelas kedua, ketiga dan seterusnya?

Sebenarnya pada hari semalam dan hari ini iaitu pada 26 dan 27 Mei 2008 ini telah dan akan diadakan Seminar Psikologi dan Kaunseling Kebangsaan Kali Ke-3 Kementerian Pelajaran Malaysia bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Saya merupakan salah seorang peserta di seminar selama 2 hari tersebut.

Berbalik kita kepada topic yang disebutkan.

Semalam semasa sesi pertama kami diberi penerangan yang bertajuk: Coaching & Mentoring Menjana Budaya Minda Kelas Pertama Di Kementerian Pelajaran Malaysia. Ianya disampaikan oleh Tuan Haji Masbah bin Dato’ Haji Mohd Taha iaitu Setiausaha Bahagian Psikologi dan Kaunseling KPM.

Pagi ini pula iaitu mulai jam 8.30 pagi nanti satu taklimat bertajuk Aplikasi Minda Kelas Pertama Dalam Perkhidmatan Awam yang akan disampaikan oleh Dato Dr. Haji Ismail bin Alias iaitu Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia.

Kedua-dua tajuk tersebut menekankan kepada Minda Kelas Pertama. Jadi tentu kita semua ingin tahu apakah yang dimaksudkan dengan Kelas Pertama tersebut. Bukan begitu?

Perkataan “Minda Kelas Pertama” pertama kali saya dengar semasa disebut oleh YAB Perdana Menteri semasa membentangkan Rancangan Malaysia Ke-9 (2006 – 2010) pada 31 Mac 2006. Selepas itu kita dengar perkataan tersebut sering diucap di dalam seminar- seminar dan ucapan-ucapan penting. Jadi apa kata Perdana Menteri kita mengenai ‘minda kelas pertama’ ini?

“Masyarakat ‘berminda kelas pertama’ adalah masyarakat yang berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang, berintegriti dan memiliki kekuatan moral. Masyarakat tersebut juga tahu menghayati dan menghargai budaya, kesenian dan warisan serta sejarah negara, bangsa dan agamanya.. Identiti nasionalnya kekal terserlah melalui pembinaan jati diri yang kukuh dan tidak mudah dihanyutkan oleh arus globalisasi. Prinsip-prinsip kepercayaan kepada Tuhan dan kesetiaan kepada Raja dan negara sentiasa disanjung”. – Ucapan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa membentangkan RM9 2006-2010 pada 31 Mac 2006

Jadi dah jelaslah sekarang apa itu Minda Kelas Pertama? Dah terjawablah apakah yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri dengan masyarakat berminda kelas pertama.

Setelah 2 tahun kita cuba membina ‘masyarakat berminda kelas pertama’, tentulah banyak peruntukan dan perancangan yang telah dijalankan oleh kerajaan untuk merealisasikan hasrat tersebut. Saya pun bertanya kepada diri sendiri : “Adakah aku berminda kelas pertama? Ya, saya berazam untuk menjadi seorang warganegara berminda kelas pertama!’.

Bagaimana caranya?

Saya teringat kata-kata Tn. Hj Mukhsin (Kaunselor PPD Hulu Langat) kepada saya semasa kami membincangkan mengenai IQ, EQ dan SQ di pejabatnya. “Sebagai seorang kaunselor, umpamakan diri kita sebagai air mutlak”. Ingat lagi semasa kita belajar agama dulu. Ustaz ajar kita mengenai air mutlak, air mustakmal, air mutanajis dan sebagainya? Masih ingatkan? Ya, sebagai seorang kaunselor umpamakan diri kita sebagai “Air Mutlak” iaitu air yang suci lagi menyucikan.

Jadi, supaya hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat berminda kelas pertama berhasil, marilah kita bersama-sama berazam untuk menyahut seruan kerajaan, membantu kerajaan merelisasian impian bersama: Kita sebagai masyarakat berminda kelas pertama.

Mungkin kata-kata di bawah boleh direnungi bersama:

“Seorang kaunselor umpama sepohon pokok. Akarnya dapat menyerap segala zat, mineral dan baja di sekitarnya dan kemudian menyalurkan ke buah di atas pokok. Akar, batang, dahan dan ranting perlu kukuh dan kuat. Apatah lagi sekiranya kita berbuah banyak. Suatu masa pohon tersebut akan mati jua di telan usia. Tapi biarlah buahya dimakan dan bijinya di semai kerana pohon tersebut telah menghasilkan buah yang manis, sedap dan bermutu”.


Selengkapnya...

Jumaat, Mei 23, 2008

Kisah Benar : 1

Ketika Salman Alfarisi bersama sahabat-sahabatnya berpergian, tiba-tiba mereka berhenti dan berkhemah. Maka tidurlah Salman sedangkan kawan-kawannya memasak. Lalu ada beberapa orang sahabatnya berkata: Apakah maksud hamba ini, hanya mahu datang ke khemah yang sudah berdiri dan makanan yang sudah siap. Semudian mereka berkata kepada Salman: Pergilah engkau kepada Nabi s.a.w. minta lauk pauk kepada kami.

Maka pergilah Salman menyampaikan kepada Nabi s.a.w. permintaan mereka. Nabi s.a.w. bersabda kepada Salman: Beritahukan kepada mereka bahawa mereka telah makan lauk pauk. Maka kembalilah Salman kepada kawan-kawannya dan memberitahu apa yang dikatakan nabi s.a.w. Lalu mereka berkata; Kami belum makan apa-apa. Salman berkata: Dan Nabi s.a.w. tidak pernah berdusta. Lebih baik kamu pergi sendiri kepadanya.

Maka pergilah mereka kepada Nabi s.a.w. lalu dikatakan oleh Nabi s.a.w.: Kamu telah makan daging saudaramu krtika kamu membicarakannya padanya di waktu dia sedang tidur. Lalu Nabi s.a.w. membacakan ayat 12 Al-Hujurat (bermaksud) :

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka-sangka, sebab sebahagian dari sangka-sangka itu dosa. Dan jangan menyelidiki kesalahan orang lain, dan jangan ghibah (membicarakan hal orang lain) setengahmu pada setengahnya, apakah suka salah satu sekiranya makan daging saudara yang telah mati, tentu kamu jijik (tidak suka)". Al-Hujurat 12)

(Sumber :Kitab Tanbihul Ghafilin / Peringatan Bagi Yang Lupa) Selengkapnya...

Hak Seorang Anak


Wahai ibu dan ayahku,

Ketahuilah anakmu mempunyai hak

Yang wajib ditunaikan

  1. Berikan daku makanan daripada sumber yang halal.
  2. Sihatkan dan suburkan tubuhku dengan beridah bersama
  3. Hindari daku daripada segala bahaya terutama azab neraka
  4. Awasi kecenderunganku agar selari dengan syariat
  5. Pastikan ilmu fardhu ain daku sempurna
  6. Dorongilah daku agar memiliki akhlak yang terpuji
  7. Nasihatilah daku dalam menjauhi sifat yang keji
  8. Tanamkan rasa bertuhan dan kehambaan di dalam hatiku
  9. Suburkan kecintaanku kepada Allah
  10. Didiklah daku dengan sunnah Rasullullah
  11. Bimbinglah daku dengan ajaran Islam yang lengkap dan sempurna
  12. Latih dan Jadikan daku Pejuang Kebenaran
  13. Ingatkan daku peranan sebagai khalifah Allah SWT di dunia
  14. Doakan daku semoga menjadi anak yang soleh dan solehah.
  15. Doakan semoga kita akhirnya berjumpa lagi di Syurga Allah.

Ya Allah! Ampunilah diriku dan ibu bapaku,

dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka

mengasihaniku sejak kecil lagi.

Selengkapnya...

Rabu, Mei 21, 2008

Anak Belajar dari Kehidupan untuk Membentuk Dirinya



Reaksi Anda akan Menentukan Sikap dan Perilaku Anak.
Anak merupakan cermin dari perilaku orangtuanya, jadi saat
membaca point-point di bawah ini, ingat-ingatlah apakah
Anda sebagai orangtua ingin memberikan contoh yang baik
atau contoh yang buruk pada anak Anda.

1. Anda suka mengritik maka anak Anda akan belajar mengutuk
dan berkeluh kesah

2. Anda suka menciptakan suasana permusuhan maka anak Anda
akan belajar berseteru

3. Anda suka menakuti maka anak Anda akan belajar hidup
prihatin dan tak berani berbuat sesuatu

4. Anda suka mengasihani anak maka anak Anda akan belajar
mengasihani diri sendiri

5. Anda suka mencemuh maka anak akan belajar menjadi pemalu

6. Anda suka mencemburui maka anak akan belajar iri hati

7. Anda suka mempermalukan anak maka ia akan belajar merasa
bersalah

8. Anda suka mendorong maka ia akan belajar percaya diri

9. Anda suka mentoleransi maka mereka akan belajar sabar

10. Anda suka memuji maka mereka akan belajar menghargai

11. Anda menerima anak apa adanya mereka akan belajar
mengasihi

12. Anda mendukung anak maka mereka akan menyukai diri
mereka sendiri

13. Anda mengakui mereka maka mereka akan belajar untuk
mempunyai sasaran

14. Anda suka berbagi maka mereka akan belajar bermurah hati

15. Anak dibiasakan jujur maka mereka akan belajar mengatakan
yang sebenarnya

16. Anak merasakan keadilan maka mereka akan belajar
bersikap adil

17. Anak banyak merasakan kemurahan dan pertimbangan maka
mereka akan belajar menghormati

18. Anak merasa tenteram maka mereka akan belajar percaya
pada diri sendiri dan orang di sekelilingnya

19. Anak merasakan persahabatan maka mereka akan belajar
bahwa dunia ini menyenangkan

Pastikan Anak Anda belajar hal-hal yang baik dari Anda dan
Kehidupan di sekelilingnya.


( Catatan : Artikel ini dipetik dari Group 'Sekolah Orang Tua'. Setiap minggu saya akan menerima
beberapa artikel dari group ini ke dalam email saya. Rasanya dapatlah kita berkongsi bersama )

Selengkapnya...

Doa untuk Anak-anakku

Doa untuk Anak-anakku

Tuhanku...

Bentuklah Anak-anakku menjadi manusia yang cukup kuat untuk mengetahui kelemahannya. Dan, berani menghadapi dirinya sendiri saat dalam ketakutan.

Manusia yang bangga dan tabah dalam kekalahan.

Tetap Jujur dan rendah hati dalam kemenangan.

Bentuklah Anak-anakku menjadi manusia yang berhasrat mewujudkan cita-citanya dan tidak hanya tenggelam dalam angan-angannya saja.

Anak-anak yang sedar bahawa mengenal Engkau dan dirinya sendiri adalah landasan segala ilmu pengetahuan.

Tuhanku...

Aku mohon, janganlah pimpin Anak-anakku di jalan yang mudah dan lunak. Namun, tuntunlah dia di jalan yang penuh hambatan dan godaan, kesulitan dan cabaran.

Biarkan Anak-anakku belajar untuk tetap berdiri di tengah badai dan senantiasa belajar
untuk mengasihi mereka yang tidak berdaya.

Ajarilah mereka agar berhati tulus dan bercita-cita tinggi, sanggup memimpin dirinya sendiri, sebelum mempunyai kesempatan untuk memimpin orang lain.

Kurniakan daku Anak-anak yang mengerti makna tawa ceria tanpa melupakan makna tangis duka.

Anak-anak yang berhasrat untuk menggapai masa depan yang cerah namun tak pernah melupakan masa lampau.

Dan, setelah semua menjadi miliknya...

Berikan mereka cukup rasa gembira sehingga ia dapat bersikap sungguh-sungguh
namun tetap mampu menikmati hidupnya.


Tuhanku...

Berilah mereka kerendahan hati...

Agar mereka ingat akan kesederhanaan dan keagungan yang hakiki...

Pada sumber kearifan, kelemahlembutan, dan kekuatan yang sempurna...

Tuhanku,

Kurniakan mereka hidayah agar tulus ikhlas menyintaiMu dan tidak menyekutukanMu dengan yang lain walaupun diri mereka sendiri

Dan, pada akhirnya bila semua itu terwujud, hamba, ayahnya, dengan berani berkata "hidupku tidaklah sia-sia"

Tuhanku…

Terimalah Doaku. Amin...... Amin..... Ya Robbal'alamin.

Selengkapnya...

Salam Ukhuwah buat teman-teman pengunjung blok ini

FIKIR & ZIKIR

Segala puji bagi Tuhan yang menciptakan alam semesta dan makhluknya yang bernama manusia. Firman Tuhan:

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (051;056)

Jadi segala tindak tanduk kita, segala perbuatan kita, segala pekerjaaan kita yang namanya manusia mengarah kepada ‘ibadah’ kepada Tuhan yang menjadikan kita.

Kepercayaan inilah yang ingin dikongsi kan di dalam blok ini. Blok ini adalah ruangan untuk kita menggunakan akal untuk berFIKIR dan hati untuk berZIKIR.

Ruangan blok ini akan dimuatkan dengan pandangan pemiliknya untuk kita berFIKIR dan dimaniskan lagi dengan bahan-bahan terpilih yang saya FIKIRkan dapat memotivasikan kita untuk berZIKIR kepadaNya.

Semoga kita semua ‘dibukakan hati” dan hidayah.

Segala cadangan dari pengunjung blok ini adalah amat dialu-alukan.

IzharZaid
21 Mei 2008

Selengkapnya...